• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp kini boleh tukarkan audio mesej suara kepada teks

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:21 pm
  • 22/11/2024
  • Komen
WhatsApp kini boleh tukarkan audio mesej suara kepada teks
Share on FacebookShare on Twitter

Satu permasalahan dengan mesej suara di WhatsApp adalah ia sukar untuk didengari jika kita berada di kawasan bising ataupun mesej terlalu panjang. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, WhatsApp telah memperkenalkan ciri baharu membolehkan audio diubah kepada teks, lantas memudahkan anda untuk mendapatkan intipati mesej tanpa perlu memainkan audio mesej suara.

Buat masa ini, ciri ini hanya disokong dalam jumlah bahasa yang terhad termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina pada platform terpilih. WhatsApp turut mengatakan yang ciri ubah audio kepada teks ini akan dikeluarkan secara berperingkat di minggu akan datang.



Cara aktifkan ciri ubah mesej suara kepada teks di WhatsApp

Untuk menggunakannya, selain anda perlu memastikan aplikasi WhatsApp telah dikemas kini pada versi terkini, anda perlu mengaktifkan ciri ini secara manual. Ia boleh dilakukan dengan pergi ke Settings > Chats > Voice Message Transcript untuk hidup atau matikan ciri ini, serta pilih bahasa yang anda mahukan.

Setelah diaktifkan, anda boleh mula mengubah audio mesej suara kepada teks dengan menekan lama pada sesebuah mesej dan tekan ‘transcribe’.



Dalam masa sama, WhatsApp turut menekankan bahawa teks yang dijana daripada mesej suara dilakukan terus di dalam peranti dengan penyulitan hujung ke hujung. Ini adalah untuk memastikan mesej anda kekal selamat dan tidak terdedah kepada orang lain.

Bahasa yang disokong untuk ubah mesej suara kepada teks di WhatsApp

Pada peringkat awal, WhatsApp memaklumkan ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa bahasa terpilih dan akan menambah lebih banyak sokongan bahasa pada masa hadapan. Berdasarkan di tinjauan di laman FAQ, platform iOS tersedia dengan lebih banyak pilihan bahasa berbanding Android.

Berikut adalah senarai penuh sokongan bahasa di platform iOS dan Android:

Android

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Russia

iOS 16+

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Itali
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Portugis
  • Bahasa Russia
  • Bahasa Turki
  • Bahasa China
  • Bahasa Arab

iOS 17+

  • Bahasa Denmark
  • Bahasa Finland
  • Bahasa Hebrew
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Norwegian
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Sweden
  • Bahasa Thailand

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman FAQ WhatsApp.

Tags: androidiOSmetawhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
WhatsApp kini boleh tukarkan audio mesej suara kepada teks

WhatsApp kini boleh tukarkan audio mesej suara kepada teks

22 November 2024
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN