• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Slot Spotify Family dikurangkan, ini perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:28 am
  • 26/11/2024
  • Komen
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify dikesan telah lakukan perubahan pada pelan keluarga Spotify Premium. Sebelum ini, sebanyak 6 slot (termasuk prinsipal) boleh berkongsi langganan tapi sekarang slot itu dikurangkan kepada 4 sahaja.

Pelan keluarga Spotify Premium kini ada 4 slot sahaja

Walaupun 6 slot dikurangkan kepada 4 slot, mujurlah harga langganan kekal sama pada RM24.90 untuk pelan keluarga Spotify Premium. Namun, anda masih boleh tambah 2 lagi slot untuk jadikan keseluruhan ahli kembali kepada 6 pada harga RM7.90/slot.



Hal ini bermakna, harga untuk 6 orang, secara teknikalnya, telah naik daripada RM24.90 kepada RM40.70 ataupun tokokan kira-kira 63%.

Sekiranya anda berkongsi kos langganan, harga yang perlu dibayar seorang jatuh kepada RM6.78/seorang berbanding RM4.15/seorang.



Pelan Spotify Premium selain pelan keluarga

Satu lagi saguhati buat pelanggan. Harga pelan-pelan Spotify Premium lain tidak ada sebarang perubahan, buat masa ini.

Berikut adalah harga langganan Spotify Premium setakat artikel ini ditulis:

  • Pelan Individu: RM15.90/bulan
  • Pelan Duo: RM21.50/bulan
  • Pelan Keluarga: RM24.90/bulan
  • Pelan Mini: RM3.20/minggu
  • Pelan Pelajar: RM8.50/bulan

Apa jadi dengan pelanggan pelan keluarga sedia ada?

Sekiranya anda salah seorang pelanggan pelan Family Spotify Premium sedia ada, anda tidak terkesan. Bermakna, anda boleh terus laggan pelan keluarga dengan struktur lama. Struktur baharu hanya digunakan pada langganan pelan keluarga selepas 12 November 2024.

Sekiranya anda berminat dengan alternatif Spotify, kami ada tulis tentangnya.

Sumber: Spotify, 2

Tags: penstrimanSpotifySpotify Premium
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

Slot Spotify Family dikurangkan, ini perkara yang perlu anda tahu

26 November 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN