• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Mate 70 rasmi di China, harga bermula ~RM3,300

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:50 pm
  • 27/11/2024
  • Komen
Siri Huawei Mate 70 rasmi di China, harga bermula ~RM3,300
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei dalam pasaran China telah lancarkan siri Mate 70 yang terdiri dariapda 4 varian iaitu:

  • Mate 70
  • Mate 70 Pro
  • Mate 70 Pro+
  • Mate 70 RS

Perkara yang menarik tentang siri kali ini adalah ia merupakan pertama daripada Huawei akan yang menjalakan sistem operasi HarmonyOS Next iaitu sistem operasi yang bebas daripada sebarang teras AOSP. Hal ini bermakna, ia langsung tak boleh guna apliaksi Android termasuklah kalau pengguna nak lakukan sideload APK.



Harga siri Mate 70 di China

Berikut adalah senarai harga siri Mate 70 di China.

Huawei Mate 70



  • 12GB+256GB – CNY5,499 (~MYR3,354)
  • 12GB+512GB – CNY5,999 (~MYR3,659)
  • 12GB+1TB – CNY6,999 (~MYR4,269)

Mate 70 Pro

  • 12GB+256GB – CNY6,499 (~MYR3,964)
  • 12GB+512GB – CNY6,999 (~MYR4,269)
  • 12GB+1TB – CNY7,999 (~MYR4,879)

Mate 70 Pro+

  • 16GB+512GB – CNY8,499 (~MYR5,189)
  • 16GB+1TB – CNY9,499 (~MYR5,799)

Mate 70 RS

  • 16GB+512GB – CNY11,999 (~MYR7,319)
  • 16GB+1TB – CNY12,999 (~MYR7,929)

Spesifikasi Huawei Mate 70 & Mate 70 Pro

Huawei Mate 70 adalah varian yang paling kecil dan nipis dalam keluarganya. Ia cuma setebal 7.8mm. Di bahagian muka, ia ada panel paparan sebesar 6.7” LTPO OLED FHD dengan kadar segar semula serendah 1Hz dan setinggi 120Hz. Mate 70 Pro pula ada panel paparan berspesifikasi sama tapi lebih besar pada 6.9” dan kedua-dua mereka ada panel berkecerahan sehingga 2,500 nits.

Huawei tidak pula berkongsikan SoC apa yang memperkasakan kesemua telefon-telefon tapi untuk dua varian terendah ini, mereka gunakan RAM 12GB dengan storan dalaman sama ada 256GB, 512GB, ataupun 1TB.

Mate 70 Pro ada kelengkapan kamera lebih berkuasa berbanding varian bukan Pro. Di bahagian belakang, ia ada kombinasi tiga kamera belakang dengan kombinasi kamera 50MP (utama), 40MP (ultralebar), dan 48MP (telemakro 4x optikal). Bahagian depan telefon ini ada kamera 13MP.

Untuk dibandingkan dengan Mate 70, semua kamera sama dengan Mate 70 Pro kecuali kamera telefotonya bukannya jenis telemakro namun, jarak zum optikalnya lebih jauh pada 5.5x.

Mate 70 Pro ada bateri lebih besar 5,500mAh sementara Mate 70 ada bateri 5,300mAh yang lebih kecil. Sudahlah bateri lebih kecil, sistem pengecasan Mate 70 adalah 66W (kabel) dan 50W (wayarles) berbanding Mate 70 Pro yang ada sistem 100W (kabel) dan 80W (wayarles).

Spesifikasi Huawei Mate 70 Pro+ & Mate 70 RS

Huawei Mate 70 Pro+ dan Mate 70 RS adalah dua model yang lebih mewah. Selain daripada spesifikasi dalam flagship, ciri menonjol dua model ini adalah mereka gunakan bahan titanium untuk jadi kerangka badan. Bahagian muka Mate 70 RS pula menggunakan Kunlun Glass yang diperkukuh Basalt.

Mate 70 Pro+ ada panel paparan sebesar 6.9” sama seperti Mate 70 RS tapi di RS, panel paparannya adalah jenis Tandem OLED macam yang iPad Pro guna. Jadi kecerahan puncaknya boleh pergi sehingga 3,500nits.

Selain daripada binaan yang berbeza, lain-lain ciri antara Mate 70 RS dan Mate 70 Pro+ adalah sama seperti ia ada RAM 16GB dengan pilihan storan sama ada 512GB ataupun 1TB. Kemudian, konfigurasi kamera juga sama iaitu 3 kamera belakang dengan 1 sensor kamera. Kombinasi kamera belakang yan ia ada adalah kamera utama 50MP, kamera ultralebar 40MP dan kamera telemakro 4x zum optikal 48MP. Kamera selfie pula ialah 13MP.

Bateri puns ama besar pada paras 5,700mAh dengan pengecasan 100W berkabel dan 80W wayarles.

Anda boleh layari laman rasmi siri Huawei Mate 70 untuk maklumat lanjut.

Tags: androidHuaweiHuawei mate 70Huawei mate 70 proHuawei mate 70 pro plusHuawei mate 70 rs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Huawei Mate 70 rasmi di China, harga bermula ~RM3,300

Siri Huawei Mate 70 rasmi di China, harga bermula ~RM3,300

27 November 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER