• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Z70 Ultra, telefon termurah Snapdragon 8 Elite dalam tempoh terhad

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:46 pm
  • 29/11/2024
  • Komen
Nubia Z70 Ultra, telefon termurah Snapdragon 8 Elite dalam tempoh terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia Z70 Ultra adalah satu lagi telefon Snapdragon 8 Elite yang baru masuki Malaysia. Ini adalah telefon kedua yang mengguna pakai cip flagship itu selepas Realme GT 7 Pro.

Harga Nubia Z70 Ultra

Nubia Z70 Ultra kini telefon Snapdragon 8 Elite termurah ketika ini. Antara 27 November hingga 5 Disember 2024, ia boleh didapatkan pada harga bermula RM3,199. Anda perlu lekas dapatkannya kalau tak, harga asalnya adalah bermula RM3,899.



Harga Nubia Z70 Ultra sedikit tinggi berbanding Nubia Z60 Ultra tahun sudah. Model terdahulu dilancarkan pada harga bermula RM3,499 dan harga promosi RM2,899 dalam waktu terhad.

Spesifikasi Nubia Z70 Ultra

Daripada segi rekaan, Nubia Z70 Ultra banyak kekalkan fizikaliti Z60 Ultra seperti penggunaan badan kekotak.



Nubia Z70 Ultra adalah sebuah telefon bersaiz 6.85” yang gunakan panel AMOLED FHD+ dengan kasar segar semula setiggi 144Hz. Ia mampu saingi panel yang ada di ROG Phone 9. Lebih menarik, telefon ini gunakan teknologi kamera under display generasi ke-7 yang katanya berikan pengalaman tonton video bebas takuk ataupun lubang.

Atas papan utama, selain cip Snapdragon 8 Elite, SoC telefon ini digandingkan pula dengan kombinasi RAM storan sama ada 12GB + 256GB ataupun 16GB + 512GB. Yang membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 6,150mAh dengan sistem pengecas 80W.

Di jabatan pengimejan, tiga buah kamera belakang pelbagai fungsi disediakan. Kamera utamanya guna sensor 50MP, diikuti kamera ultralebar 40MP dan akhir sekali kamera 64MP untuk telefoto 2x optikal. Kamera disebalik panel paparan pula adalah kamera 16MP.

Berbanding Z60 Ultra, perubahan yang pengguna boleh temukan adalah seperti cip pemprosesan yang baharu. Kamera utama pula kini dilengkapi apertur boleh laras dan akhir sekali bateri sedikit lebih besar.

Anda boleh layari laman rasmi Nubia Z70 Ultra untuk maklumat lanjut

Tags: androidNubiaNubia z70 ultratelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Nubia Z70 Ultra, telefon termurah Snapdragon 8 Elite dalam tempoh terhad

Nubia Z70 Ultra, telefon termurah Snapdragon 8 Elite dalam tempoh terhad

29 November 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER