• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix akan lancar Hot 50 4G pada 5 Disember 2024

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:08 pm
  • 02/12/2024
  • Komen
Infinix akan lancar Hot 50 4G pada 5 Disember 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir dua bulan Infinix Hot 50 5G dilancar, kini Infinix Malaysia telah memaklumkan mereka akan melancarkan sebuah lagi telefon dalam barisan Hot 50, iaitu Hot 50 4G. Ia masih mengekalkan keseluruhan rekaan yang serupa dengan versi 5G-nya, tetapi didatangkan dengan panel paparan yang lebih baik.

Pelancarannya telah ditetapkan Infinix berlangsung di Malaysia pada 5 Disember 2024. Pada ketika itu, tentunya kita akan dapat mengetahui harga jualan serta varian yang akan ditawarkan di Malaysia. Untuk makluman anda, versi Hot 50 4G ini telah pun dilancar di peringkat antarabangsa pada September lalu.



Infinix Hot 40 Pro

Sebagai perbandingan, Hot 40 biasa terdahulu tidak memasuki pasaran Malaysia, sebaliknya hanya varian Hot 40i dan Hot 40 Pro sahaja yang tersedia dan ia dijual pada harga berikut:

  • Infinix Hot 40 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699
  • Infinix Hot 40i (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM549

Sementara itu, Hot 50 5G pula dilancarkan pada harga RM599 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Oleh itu, anda boleh jangkakan yang versi 4G-nya memiliki tanda harga lebih rendah daripada itu.



Spesifikasi Infinix Hot 50 4G

Daripada luaran, kelihatan Hot 50 4G ada rekaan yang sama seperti versi 5G-nya dengan menggunakan modul kamera berbentuk kotak yang disusun secara menegak. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada bahagian perkakasan dalaman yang digunakan di Hot 50 4G berbanding versi 5G-nya, terutamanya daripada segi cip yang digunakan.

Kuasa Hot 50 4G ini digerakkan oleh cip Helio G100, cip yang hanya sokong rangkaian 4G berbanding Dimensity 6300 di Hot 50 5G. Tetapi, prestasi kedua-dua cip sebenarnya adalah lebih kurang sama kerana dibina menggunakan proses 6nm serta tampil dengan bilangan teras CPU yang sama.

Di pasaran antarabangsa, cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, serta terdapat juga slot mikroSD untuk perluasan storan. Seperti varian 5G-nya, model yang akan dilancar ini juga dikatakan mampu berikan prestasi kekal lancar selama 5 tahun kerana memenuhi piawaian TUV SUD 5-Year Fluency Certification.

Beralih di bahagian hadapan, Hot 50 4G menggunakan paparan LCD sebesar 6.78-inci dengan resolusi FHD+, sedikit lebih baik berbanding 6.7-inci HD di Hot 50 5G. Panel yang digunakan turut ada kadar penyegaran 120Hz dan sokong kecerahan puncak lebih tinggi pada 800 nits. Pengimbas jap cari terdapat di butang kuasa.

Untuk pengimejan, model 4G ini didatangkan dengan kamera utama 50MP, kamera depth dan kamera selfie 8MP. Sebagai perbandingan, Hot 50 5G juga menggunakan kamera selfie yang sama, tetapi kamera utamanya menggunakan sensor 48MP. Tiada perubahan pada bahagian bateri, dengan model 4G ini mempunyai bateri 5,000mAh di dalam dan sokong pengecasah 18W USB-C.

Sejurus keluar kotak, telefon ini akan menjalankan sistem operasi XOS 14.5 berasaskan Android 14 yang hadir dengan ciri AI seperti AI Eraser, AI CutOuts, AI Wallpaper, Folax dan AI Summary. Ciri ketersambungan yang di sokong telefon ini termasuk WiFi 5, Bluetooth dan NFC.

Selain itu, terdapat juga jek audio 3.5mm dan telefon diiktiraf kalis percikan air dan debu, tetapi Infinix tidak menyatakan dengan jelas tahap kekalisan airnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Hot 50 4G.

Tags: Hot 50 4GInfinixinfinix hot 50Infinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Infinix akan lancar Hot 50 4G pada 5 Disember 2024

Infinix akan lancar Hot 50 4G pada 5 Disember 2024

2 December 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER