• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RM10.78b keluar daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 30 Sept. 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:23 am
  • 03/12/2024
  • Komen
Ini kadar dividen Akaun Fleksibel menurut KWSP
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sejumlah RM10.78 bilion telah dikeluarkan daripada Akaun Fleksibel setakat 30 September 2024. Ia melibatkan 3.86 juta ahli ataupun 29.4 peratus ahli bawah 55 tahun. Dengan data tersebut, purata seorang ahli telah keluarkan kira-kira RM2,800 daripada Akaun 3 mereka.

Walau bagaimanapun, ia mungkin langkah pencarum yang pindahkan baki Akaun Fleksibel kepada Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera.



Penstrukturan semula caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa pada 11 Mei 2024. Ia melibatkan penjenamaan semula Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing kepada Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Kemudian akan ada satu akaun baharu diwujudkan iaitu Akaun Fleksibel yang popular dikenali sebagai Akaun 3.

Kelebihan Akaun 3 adalah ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Bahkan ramai yang mula menunjukkan minat untuk jadikan Akaun 3 sebagai instrumen pelaburan berdasarkan sejarah dividen yang diberikan KWSP adalah tinggi.



@soyacincautiktok

Replying to @SoyaCincautiktok KWSP Akaun 3: Ini Cara Pindah Dana Dari Akaun 2! #kwsp #kwspakaun3 #kwspakaun #kwspakaun2 #kwspmalaysia #tips #cara #longervideos #soyacincautiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel

Kesemua maklumat ini diperoleh daripada laman rasmi KWSP. Anda boleh melakukan permohonan untuk pengeluaran sebaik sahaja baki dalam Akaun 3 mencapai RM50 sama ada selepas permohonan untuk perpindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah berjaya ataupun selepas pengkreditan caruman baharu.

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Sebarang permohonan pengeluaran Akaun 3 boleh dilakuakn sama ada melalui kemudahan dalam talian KWSP i-Akaun ataupun dengan hadir sendiri ke Pejabat KWSP. Walau bagaimanapun, terdapat situasi yang tidak membolehkan permohonan secara dalam talian dilakukan.

Salah satu daripadanya adalah amaun pengeluaran yang melebihi RM30,000 memerlukan pengesahan identiti secara fizikal di Pejabat KWSP. Situasi seterusnya adalah apabila ahli tidak mempunyai sebarang rekod pengeluaran ataupun maklumat bank adalah berbeza berbanding rekod pengeluaran sebelum ini. Dalam hal demikian, ahli perlu turut melakukan pengesahan fizikal di kiosk layan diri KWSP.

Bagi memastikan kelancaran pengeluaran wang, ahli diminta untuk memiliki akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif dan akaun tersebut didaftarkan atas nama sendiri. Buat permohonan yang memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan, pembayaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Nisbah caruman Akaun 3 boleh diubah

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tentang penstrukturan semula akaun simpanan ahli kepada Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli. Melalui satu temu bual dengan stesen radio BFM 89.9, Puan Balqais Yusoff, Ketua Jabatan Strategi dan Polisi KWSP, mengatakan ahli boleh tidak mencarum kepada Akaun Fleksibel sekiranya mereka mahu.

Pada senggatan 19 minit 56 saat, penerumah bertanyakan kepada Balqais Yusoff tentang golongan yang tidak ingin menyertai struktur baharu Akaun 3 ini kerana tak mahu menjejaskan simpanan persaraan mereka.

Balqais Yusoff menjelaskan yang mereka beroperasi berlandaskan punca kuasa yang diperuntukkan dalam Akta KWSP 1991. Bagi memudahkan urus tadbir, semua ahli KWSP kini mencarum dalam struktur 3 akaun seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Nisbah pengagihan caruman KWSP bermula Mei 2024

Walau bagaimanapun, Akaun Fleksibel, seperti namanya, turut ada kemudahan untuk perpindahan, semudah dengan kemudahan pengeluaran yang dimilikinya. Ahli KWSP dimaklumkan boleh memohon kepada pihak agensi untuk melakukan transaksi berulang-ulang perpindahan caruman ke Akaun 3 kepada mana-mana Akaun Persaraan (Akaun 1) ataupun Akaun 2.

Malahan mereka boleh menentukan berapa peratus pengagihan yang dirasakan perlu. Contohnya, daripada 10% yang sepatutnya masuk ke Akaun 3 mengikut pengagihan semasa, ahli boleh mohon supaya 5% masuk ke Akaun 1 dan 5% masuk ke Akaun 2 ataupun semuan 10% masuk ke Akaun 1 menjadikan nisbah caruman keseluruhan menjadi 80%:15%:0%.

Ubah caruman boleh dilakukan di aplikasi KWSP i-Akaun

Perkara yang menjadikan ciri ini menarik adalah, pencarum boleh melakukan perubahan kepada pengagihan 10% tadi sejajar dengan keadaan kewangan semasa mereka pada bila-bila masa. Namun, nisbah asas 75%:15%:10% masih perlu dipatuhi sekurang-kurangnya.

Kemudahan ini, buat masa sekarang ditawarkan secara manual di pejabat KWSP. Transaksi secara dalam talian menerusi aplikasi KWSP i-Akaun akan ditawarkan seawal Jun 2024.

Tags: Akaun 3Akaun Fleksibelkwsp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini kadar dividen Akaun Fleksibel menurut KWSP

RM10.78b keluar daripada Akaun Fleksibel KWSP setakat 30 Sept. 2024

3 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER