• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

17 juta data MyKad rakyat Malaysia dilaporkan bocor di dark web

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:33 pm
  • 04/12/2024
  • Komen
17 juta data MyKad rakyat Malaysia dilaporkan bocor di dark web
Share on FacebookShare on Twitter

[Kemas kini 4/12/2024 5:30] Kumpulan penggodam DragonForce Malaysia melalui hantaran di X mengatakan dakwaan kebocoran data MyKad adalah palsu.

===



Dilaporkan 17 juta data MyKad milik rakyat Malaysia bocor dan dijual di laman dark web. Ini selepas sebuah akaun di X bernama @stealthmole_int mendedahkan perkara tersebut dan berkongsikan sampel imej MyKad yang dikatakan telah dimuat naik di laman dark web oleh pihak yang tidak diketahui.

It is claimed that data of 17 million Malaysian🇲🇾 citizens' MyKAD has been leaked and is being sold on the dark web. As proof, they have publicly shared samples of Malaysian ID cards on the dark web. This massive data breach raises concerns as it could lead to serious crimes like… pic.twitter.com/MAXn5YUW8T

— Fusion Intelligence Center @ StealthMole (@stealthmole_int) December 3, 2024

Ini kerana, hantaran tersebut tidak memberitahu dari manakah sumber imej MyKad itu didapatkan, selain daripada menyatakan yang ia dimuat naik di laman dark web. Tiada juga info yang diberikan mengenai pihak yang memuat naik imej tersebut. Oleh itu, kesahihan kebocoran maklumat MyKad ini masih lagi menjadi tanda tanya.



Tetapi jika betul, ini semestinya menimbulkan kebimbangan besar buat rakyat Malaysia, memandangkan ia melibatkan 17 juta kebocoran data MyKad, hampir separuh populasi di Malaysia dan boleh menjurus kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Bagaimanapun, melihat pada imej yang diberikan, ia menunjukkan beberapa sampel imej MyKad dengan maklumat padanya dikaburkan. Kelihatan seperti ia adalah imej MyKad yang ditangkap untuk proses pengesahan e-KYC, yang kebiasaannya dilakukan untuk pendaftaran akaun bank digital ataupun eWallet melalui aplikasi.

Selain daripada itu, terdapat juga platform kerajaan yang memerlukan pengesahan e-KYC untuk mendaftar seperti MyDigital ID dan juga PADU. Jadi, terdapat banyak kemungkinan dari mana datangnya kebocoran data MyKad ini sekiranya ia betul-betul berlaku disebabkan proses e-KYC.

Menjenguk di bahagian komen pada hantaran yang sama, terdapat juga pengguna di X yang berpendapat bahawa kalau betul kebocoran data MyKad ini berlaku, ia tentunya bukan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tetapi adalah daripada platform yang menggunakan MyKad untuk proses e-KYC.

Of course this is not from National Reg Dept.

This is KYC data. 17Millions usually coming from services company or e-commerce or banks.

Who collected Mykad as e-Kyc?

Oh maybe MydigitalID?

— Aba_G (@AbaGengGeng) December 4, 2024

Namun, setakat ini, masih belum ada pemakluman rasmi oleh pihak berkuasa mengenai perkara ini dan kesahihannya juga masih tidak dapat dipastikan. Jadi, sekiranya ada maklumat lebih lanjut menyusul, kami akan mengemas kini semula artikel ini.

[Sumber: @stealthmole_int di X]

Tags: dark webdata MyKad bocorkebocoran dataMyKad
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
17 juta data MyKad rakyat Malaysia dilaporkan bocor di dark web

17 juta data MyKad rakyat Malaysia dilaporkan bocor di dark web

4 December 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN