• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

Nikmati 4x Aeon Points setiap Khamis guna kad debit Aeon Bank, ini caranya

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:16 pm
  • 05/12/2024
  • Komen
Nikmati 4x Aeon Points setiap Khamis guna kad debit Aeon Bank, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Aeon Bank bersama-sama Aeon Co telah memperkenalkan kempen baharu mereka menawarkan 4x Aeon Points yang boleh anda nikmati untuk perbelanjaan setiap hari Khamis menggunakan kad debit Aeon Bank.

Kempen ini dinamakan “Thursday is better than Friday” dan ia akan terpakai untuk perbelanjaan di stor Aeon terpilih. Ini termasuk Aeon Supermarket, Aeon Departmental Store, Aeon MaxValu Prime, Aeon Big Hypermarket, Aeon Wellness dan juga Daiso.



Kempen ini berjalan dari 7 November hingga 26 Disember 2024 dan pengguna kad debit Aeon Bank yang berbelanja dalam tempoh tersebut boleh nikmati 3x Aeon Points untuk setiap RM1 yang dibelanja di Aeon stor terpillih pada hari Khamis. Untuk hari selain Khamis, mata ganjaran yang pengguna akan terima adalah 2x Aeon Points untuk setiap RM1 yang dibelanja di stor Aeon terpilih.

Dapat ekstra 1x Aeon Points apabila tunjuk barcode Aeon Points

Selain transaksi menggunakan kad debit, anda turut boleh terima ekstra 1x Aeon Points untuk setiap RM1 yang dibelanja dengan menunjukkan barcode Aeon Points di ketika membuat pembayaran di kaunter atau di kiosk pembayaran sendiri. Barcode ini boleh dijumpai dengan menatal ke kiri bahagian atas di halaman utama aplikasi Aeon Bank.



Maka, ini menjumlahkan 4x Aeon Points yang boleh dinikmati pengguna untuk setiap RM1 yang dibelanja.

Bagaimana pula untuk perbelanjaan di luar stor Aeon? Pengguna juga masih akan menerima 1x Aeon Points bagi setiap RM1 yang dibelanja menggunakan kad debit Aeon Bank, termasuk perbelanjaan secara dalam talian ataupun di dalam kedai.

Cara tukar Aeon Points kepada tunai dalam aplikasi Aeon Bank

Mata Aeon Points yang anda kumpul kemudiannya boleh ditukar kepada tunai dengan mudah melalui aplikasi Aeon Bank. Anda hanya perlu tekan ‘Rewards’ di halaman utama aplikasi, seterusnya tekan ‘Redeem Now’.

Mata minimum untuk penebusan adalah 200 Aeon Points yang bersamaan dengan RM1. Katakanlah anda ada 10,000 Aeon Points, mata tersebut bernilai RM50, manakala 100,000 Aeon Points bernilai RM500.

Untuk pengetahuan anda, Aeon Bank sekarang menawarkan kadar pulangan 0.88% setahun untuk akaun simpanan mereka dan lebih tinggi 3% setahun untuk Savings Pots sehingga 31 Disember 2024. Aeon Bank turut sedang menjalankan program referral yang memberikan 1,800 Aeon Points (bernilai RM9) untuk rujukan yang berjaya.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Thursday is better than Friday” ini, anda boleh semak terma dan syaratnya atau layari laman web promosi mereka.

Tags: AEONaeon bankBank Digitalkad debitkad debit Aeon Bank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Nikmati 4x Aeon Points setiap Khamis guna kad debit Aeon Bank, ini caranya

Nikmati 4x Aeon Points setiap Khamis guna kad debit Aeon Bank, ini caranya

5 December 2024
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN