• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD M6 EV paling banyak didaftarkan di Malaysia pada November 2024

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:01 pm
  • 10/12/2024
  • Komen
BYD M6 Malaysia: MPV 7 tempat duduk lebih murah daripada Proton X90
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengemas kini data pendaftaran EV di Malaysia setakat bulan November. Pada bulan November sahaja, sebanyak 1,805 EV telah didaftar, iaitu 2.51% daripada keseluruhan kenderaan yang didaftar di Malaysia berjumlah 71,818 unit untuk bulan November 2024.

Dengan itu, dijangka jumlah kenderaan EV yang didaftarkan di Malaysia akan mencecah 20,000 unit untuk tahun 2024. Di antara Januari hingga November 2024, terdapat 19,208 unit EV yang sudah didaftar dalam Malaysia, peningkatan 86% berbanding tempoh Januari hingga November tahun lepas pada 10,318 unit. Untuk perbandingan, keseluruhan EV yang didaftar di Malaysia pada tahun 2023 berjumlah 13,301 unit.



BYD M6 EV paling banyak didaftarkan untuk November 2024

BYD M6 Malaysia

EV paling banyak didaftarkan di Malaysia pada bulan November adalah BYD M6 dengan sebanyak 235 unit didaftarkan, diikuti Tesla model 3 di tempat kedua pada 197 unit. Ketiga adalah BYD Atto 3 dengan 190 unit, keempat BYD Seal dengan 130 unit dan kelima BYD Sealion 7 dengan 128 unit.

Seterusnya, Xpeng G6 masih di tempat keenam dengan 122 didaftarkan, diikuti dengan BYD Dolphin pada 100 unit, Tesla Model Y pada 75 unit, MG4 pada 66 unit dan BMW iX1 pada 65 unit.



Model Porsche Macan Electric yang baru diumumkan hujung November turut memasuki senarai di tempat ke-16, dengan sebanyak 32 unit didaftarkan.

BYD kekal jenama EV paling popular di Malaysia

Setakat bulan November tahun 2024, kita dapat lihat yang BYD masih kekal jenama EV paling popular dalam negara ini. Ini adalah kerana, 3 daripada 5 model EV paling banyak didaftarkan adalah BYD. Jumlah keseluruhan model BYD yang didaftarkan di Malaysia adalah sebanyak 7,273, menjadikan mereka mendominasi 38% pasaran EV di Malaysia.

BYD Atto 3 juga masih memegang takhta sebagai model EV paling terkenal di Malaysia untuk tahun 2024 kerana sebanyak 2,749 unit didaftarkan, diikuti dengan Tesla Model 3 pada 2,667 unit di tempat kedua. Ketiga, BYD Seal tidak jauh ketinggalan dengan sebanyak 2,664 unit didaftarkan, keempat Tesla Model Y pada 2,145 dan kelima BYD Dolphin pada 1,397 unit.

Selain itu, terdapat juga EV dari China yang turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas, dan ia termasuk GWM Ora Good Cat dan 07 dengan 555 unit didaftarkan di tempat ke-6, kemudian diikuti dengan Smart #1 / #3 pada 549 unit, Chery Omoda E5 pada 531 unit dan MG4 pada 460 unit.

Dalam segmen EV premium pula, model daripada BMW Group juga dalam kalangan 15 teratas bagi EV paling banyak didaftarkan. BMW i5 di tempat ke-10 dengan 426 unit didaftarkan, diikuti dengan BMW iX2 pada 399 unit dan Mini Countryman pada 313 unit di tempat ke-14.

Agak menarik untuk melihat data untuk bulan Disember akan datang, memandangkan ada banyak jenama EV yang menawarkan promosi sempena hujung tahun. Sebagai perbandingan, sebanyak 2,983 unit EV yang didaftarkan di Malaysia pada Disember 2023.

Anda boleh semak keseluruhan senarai pendaftaran kenderaan Malaysia di sini.

Tags: BMWBMW i5BMW iX1BYDBYD Atto 3BYD Dolphinbyd m6byd sealBYD Sealion 7CheryChery Omoda E5EVGWM Ora 07gwm ora good catJPJkenderaan elektrikmgmg4pendaftaran EVsmart #1smart #3TeslaTesla Model 3Tesla Model Ytesla modelyxpeng g6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BYD M6 Malaysia: MPV 7 tempat duduk lebih murah daripada Proton X90

BYD M6 EV paling banyak didaftarkan di Malaysia pada November 2024

10 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER