• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic 10 Pro Malaysia: Telefon Snapdargon 8 Elite murah untuk waktu terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:27 pm
  • 10/12/2024
  • Komen
RedMagic 10 Pro Malaysia: Telefon Snapdargon 8 Elite murah untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Selain ROG Phone 9, pasaran Malaysia akan menerima sebuah lagi telefon gaming, iaitu RedMagic 10 Pro. Ia menggantikan tempat RedMagic 9 terdahulu dan membawakan naik taraf prestasi dengan penggunaan Snapdragon 8 Elite, kapasiti bateri lebih besar 7,050mAh serta sistem penyejukan lebih baik dengan kipas RGB terbina.

Harga dan ketersediaan RedMagic 10 Pro di Malaysia

Sebanyak dua varian RedMagic 10 Pro yang memasuki Malaysia dan ia akan dijual bermula 12 Disember 2024. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • RedMagic 10 Pro 12GB + 256GB – RM3,999
  • RedMagic 10 Pro 16GB + 512GB – RM4,899

Lebih menarik, RedMagic turut menawarkan promosi pembelian awal di antara 12-31 Disember 2024, membolehkan kedua-dua varian RedMagic 10 Pro didapatkan pada harga jauh lebih murah: Berikut adalah harganya ketika promosi:

  • RedMagic 10 Pro 12GB + 256GB – RM3,199
  • RedMagic 10 Pro 16GB + 512GB – RM3,999

Pembelian dalam tempoh promosi turut akan disertakan dengan speaker Bluetooth RedMagic bernilai RM149, tertakluk sementara stok masih ada.



Versi RAM 12GB dan storan 256GB ia tersedia dalam pilihan warna Shadow, manakala konfigurasi RAM 16GB dan storan 512GB tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Dusk dan Moonlight. Anda boleh membuat pembelian di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi RedMagic 10 Pro

Sebagai telefon gaming terhebat RedMagic pada masa kini, barisan RedMagic 10 Pro dilengkapi dengan cip Qualcomm terbaru, iaitu Snapdragon 8 Elite. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 Pro seluas 512GB.

Untuk menyejukkan telefon, RedMagic 10 Pro mengguna pakai sistem penyejukan ICE-X yang menampilkan kombinasi penyejukan terhebat. Ini termasuk penyejuk kebuk wap bersaiz 12,000mm2, lapisan kuprum sebesar 5,200mm2, kepingan graphene di bawah skrin dan sebatian penyejuk berasaskan logam pada cipnya.

Selain itu, RedMagic 10 Pro turut memiliki kipas penyejuk terbina dalam telefon yang mampu berputar selaju 23,000rpm, lebih pantas berbanding di RedMagic 9 Pro pada 22,000rpm.

Lebih menarik, RedMagic turut melengkapkan barisan telefon terbaru mereka dengan cip gaming Red Core R3 yang dikatakan membenarkan sokongan gaming pada 120fps dengan resolusi setinggi 2K. Di hadapan, telefon ini menggunakan skrin AMOLED keluaran BOE bersaiz 6.85-inci. Skrinnya ada resolusi FHD+ (2688×1216), kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits.

Pada segi pengimejan, kelihatan tidak banyak perubahan berbanding generasi sebelumnya. Kamera hadapannya yang tersorok di dalam skrin ada sensor 16MP, manakala di belakang pula ada dua kamera 50MP. Ia adalah kamera utama dan kamera ultralebar, dan kamera ketiga adalah kamera makro 2MP.

Tidak seperti pasaran China yang menggunakan bateri 6,500mAh, kapasiti bateri RedMagic 10 Pro di Malaysia memiliki tangki sebesar 7,050mAh dengan sokongan pengecasan 100W. Ia adalah kapasiti yang sama dengan varian RedMagic 10 Pro+ di pasaran China.

Berkenaan audio, telefon gaming ini juga memiliki speaker stereo 1115K dengan sokongan DTS X Ultra dan Snapdragon Sound. Sebagai telefon gaming RedMagic, model terbaharu ini juga masih dimuatkan dengan butang bahu pada sisi telefon dan memiliki jek audio 3.5mm sekiranya anda perlukan sambungan audio berwayar. Lagi ciri lain yang disokong termasuk WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan NFC.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk RedMagic 10 Pro.

Tags: NubiaRedMagicredmagic 10 proRedMagic MalaysiaZTE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

RedMagic 10 Pro Malaysia: Telefon Snapdargon 8 Elite murah untuk waktu terhad

RedMagic 10 Pro Malaysia: Telefon Snapdargon 8 Elite murah untuk waktu terhad

10 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER