• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo mungkin lancar subjenama “Jovi”, tiga telefon tersenarai di GSMA

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:28 pm
  • 13/12/2024
  • Komen
Vivo mungkin lancar subjenama “Jovi”, tiga telefon tersenarai di GSMA
Share on FacebookShare on Twitter

Berkemungkinan Vivo akan memperkenalkan sebuah lagi subjenama telefon pintar yang dipanggil sebagai “Jovi“. Ini setelah terdapat penyenaraian telefon pintar Vivo dengan penjenamaan Jovi di dalam pengkalan data GSMA.

Untuk pengetahuan anda, Jovi bukanlah nama asing bagi Vivo kerana ia pernah digunakan sebagai nama pembantu AI dalam sistem operasi Funtouch OS sebelum ini. Kini, kelihatan seperti Vivo mungkin menggunakan nama tersebut sebagai sub jenama baharu, selepas iQOO yang dilancar pada 2018.



Vivo dan iQoo adalah salah satu jenama yang berada di bawah payung BBK Electronics, selain Oppo, OnePlus dan juga Realme.

Tiga peranti Jovi ditemui dalam pengkalan data GSMA

Menurut Smartprix, terdapat tiga peranti Jovi yang tersenarai di pengkalan data GSMA, dengan Vivo sebagai pengeluarnya. Ini termasuk Jovi V50, Jovi V50 Lite 5G dan Jovi Y39 5G. s



Walau bagaimanapun, nampaknya tiga peranti Jovi yang tersenarai ini adalah model penjenamaan semula daripada model Vivo sedia ada. Ini kerana, ia berkongsi bukan sahaja nama, tetapi juga nombor model yang sama dengan telefon Vivo.

Sebagai contoh, Jovi 50 menggunakan nombor model “V2427”, iaitu nombor yang sama dengan Vivo 50. Manakala, Jovi V50 Lite 5G dan Vivo V50 Lite 5G menggunakan nombor model sama “V2440”. Berdasarkan penyeraian itu juga, kita boleh jangkakan yang jenama Jovi akan fokuskan pada segmen telefon kelas pertengahan.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada jenama Jovi dan tiga telefon yang disebutkan akan dilancarkan kelak, memandangkan pihak Vivo dan BBK Electronics masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentangnya. Penyenaraiannya di laman GSMA mungkinlah langkah pertama untuk jenama itu dilancarkan, tetapi masih belum menjamin ia akan menjadi kenyataan.

Dalam masa sama, laporan Smartprix turut mengatakan bahawa telefon pertama Jovi akan dilancarkan pada tahun 2025.

[Sumber: Smartpix / SoyaCincau]

Tags: bbkBBK Electronicsbbk electronisJovitelefon pintarvivo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo mungkin lancar subjenama “Jovi”, tiga telefon tersenarai di GSMA

Vivo mungkin lancar subjenama “Jovi”, tiga telefon tersenarai di GSMA

13 December 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER