• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7: Peluang terakhir dapatkan rebat & tawaran istimewa untuk pembaca SoyaCincau.com

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:21 am
  • 15/12/2024
  • Komen
Proton e.MAS 7: Peluang terakhir dapatkan rebat & tawaran istimewa untuk pembaca SoyaCincau.com
Share on FacebookShare on Twitter

Kereta elektrik nasional pertama, Proton e.MAS 7 akan dilancarkan pada Isnin ini, 16 Disember 2024. Sekiranya anda mahu dapatkan promosi menarik bagi tempahan awal Proton e.MAS 7, ini adalah peluang terakhir anda. Malah, pembaca SoyaCincau.com juga akan terima lebih banyak tawaran!

Tawaran istimewa Proton e.MAS 7 untuk pembaca SoyaCincau.com

Tempahan awal untuk Proton e.MAS 7 telah pun dibuka sebelum ini, dengan mereka yang menempah awal akan terima Pioneer Privilege Deals yang berupa rebat RM500 ke atas harga kereta dan juga hadiah Pioneer Gift Package bernilai RM1,000.



Walau bagaimanapun, istimewa untuk pembaca SoyaCincau.com, anda akan terima lebih banyak manfaat seperti:

  • Kursus pengguna EV Proton e.MAS 7 SoyaCincau.com
  • Akses kepada kumpulan sokongan pengguna EV Proton e.MAS 7 SoyaCincau.com

Apa itu kursus pengguna EV SoyaCincau.com?

Tak kira sama ada anda pengguna EV baru atau sudah berpengalaman dengan EV, kursus pengguna EV SoyaCincau.com boleh bantu anda memaksimumkan pengalaman menggunakan EV anda. Sebelum ini, kami telah mengehoskan dua sesi kursus EV, dan sesi kali ini dibuat khusus untuk pengguna Proton e.MAS 7.



Kursus tersebut akan diadakan seharian dan anda akan dapat mempelajari asas-asas tentang EV, tabiat pengecasan yang bagus serta cara pemanduan EV jarak jauh tanpa keraguan. Kursus EV ini akan dikendalikan oleh pengasas SoyaCincau.com, iaitu Amin dan Alex, dua orang yang tidak asing lagi dalam industri EV. Mereka berdua bukan sahaja adalah pemilik EV, tetapi juga berpengalaman dalam mencuba pelbagai model EV dalam pasaran.

Malah, Amin juga sudah memandu Proton e.MAS 7 dengan jarak lebih 1,000km sewaktu jelajah e.MAS 7 Tour yang diadakan di bahagian utara Malaysia dan sekitar Lembah Klang. Pasukan SoyaCincau.com juga ada diberikan peluang untuk lihat bahagian dalam kabin dan karakteristik pemanduan e.MAS 7.

Cara dapatkan tawaran istimewa bagi pembaca SoyaCincau.com

Untuk pembaca SoyaCincau.com yang mahukan tawaran istimewa ini, apa yang anda perlu lakukan hanyalah tiga langkah tersebut:

  1. Isi borang tempahan awal Proton.eMAS 7
  2. Pindahkan bayaran tempahan RM500 ke akaun yang dinyatakan dalam borang tempahan (PENTING: masukkan kod promo EMAS7SC dalam deskripsi pembayaran)
  3. Hantar screenshot resit pembayaran bersama dengan gambar kad pengenalan (depan dan belakang) melalui WhatsApp di nombor +603-3310 0030.

Itu sahaja langkahnya. Anda tak perlu risau tentang kehilangan deposit, sebab bayaran RM500 akan dikembalikan sepenuhnya kepada anda jika anda berubah fikiran. Kalau anda sebarang pertanyaan mengenai tawaran istimewa Protone.MAS 7 untuk pembaca SoyaCincau.com, anda boleh mesej kami di WhatsApp di nombor +603 3310 0030 atau klik sahaja di sini.

Tags: EVkenderaan elektrikKursus Pengguna EV SoyaCincau.comProton e.MASproton emas 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 7: Peluang terakhir dapatkan rebat & tawaran istimewa untuk pembaca SoyaCincau.com

Proton e.MAS 7: Peluang terakhir dapatkan rebat & tawaran istimewa untuk pembaca SoyaCincau.com

15 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER