• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C75: Telefon murah sangat tahan lasak & kalis air IP69, harga RM699

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:25 pm
  • 17/12/2024
  • Komen
Realme C75: Telefon murah sangat tahan lasak & kalis air IP69, harga RM699
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia telah mengumumkan sebuah telefon berkelas permulaan terbaharu, iaitu Realme C75. Ia merupakan kemas kini daripada Realme C65 dan membawakan rekaan lebih tahan lasak, diiktiraf kalis air IP69 serta kapasiti bateri lebih besar.

Harga dan ketersediaan Realme C75

Kepada mereka yang berminat, Realme C75 boleh didapatkan mulai Rabu, 18 Disember 2024. Hanya ada satu varian yang disediakan dan berikut adalah harganya di Malaysia:



  • Realme C75 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM699

Sebagai promosi pembelian awal, Realme turut akan memberikan percuma kaca perlindungan skrin kepada pembeli yang membeli Realme C75 dari 18 Disember hingga 17 Januari 2024. Anda boleh dapatkan Realme C75 di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Spesifikasi Realme C75

Daripada luaran, Realme C75 masih mengekalkan rekaan yang mirip generasi sebelumnya. Namun, ia terima beberapa naik taraf ketara pada perkakasan dalaman dan luarannya. Antaranya. Realme C75 diperkasa cip MediaTek Dimensity Helio G92 Max, sedikit lebih baik berbanding Helio G85 pada Realme C65.



Cip itu dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, serta terdapat juga slot mikroSD untuk perluasan storan. Skrin yang digunakan Realme C75 juga adalah lebih baik, kini beresolusi FHD berbanding hanya HD 720p. Ia adalah skrin LCD 6.72-inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan sokong kecerahan puncak 690 nits.

Untuk perlindungan, telefon ini diiktiraf kalis percikan air dan debu IP69, yang dikatakan Realme adalah pertama dalam segmennya. Ini membolehkan telefon untuk dibawa selam dalam air sedalam 2 meter tanpa masalah, serta lengkap dengan teknologi SonicWave Water Ejection untuk keluarkan 50% lebihan air daripada speaker. Malah, rekaannya juga teguh dan mampu untuk serap hentakan dengan lebih baik.

Beralih ke sistem kamera, dilihat ia tidak berubah berbanding dahulu. Realme C75 mengguna pakai kamera utama 50MP, kamera depth serta kamera hadapan 8MP. Namun, kapasiti bateri yang dibekalkan di Realme C75 jauh lebih besar, iaitu 6,000mAh dan ia boleh dicas pantas dengan kuasa 45W. Menurut Realme, cas hanya 5 minit dapat berikan masa panggilan sehingga 3 jam.

Sistem operasi yang digunakan sejurus keluar kotak adalah Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia lengkap dengan beberapa ciri AI misalnya AI Smart Loop, Mini Capsule 3.0 dan AI Clear Face. Ciri ketersambungan yang disokong termasuk 4G, WiFi 5 dan Bluetooth 5.4, tiada NFC. Ia tersdia dalam dua pilihan warna iaitu emas dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme C75.

Tags: Realmerealme c75Realme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme C75: Telefon murah sangat tahan lasak & kalis air IP69, harga RM699

Realme C75: Telefon murah sangat tahan lasak & kalis air IP69, harga RM699

17 December 2024
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN