• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Nova 13 rasmi di Malaysia, ada pengecasan 100W dan kamera selfie 60MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:30 pm
  • 19/12/2024
  • Komen
Siri Huawei Nova 13 rasmi di Malaysia, ada pengecasan 100W dan kamera selfie 60MP
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping memperkenalkan Huawei Mate X6, Huawei Malaysia turut melancarkan telefon pintar siri Nova 13. Siri ini merangkumi tiga model iaitu Nova 13, Nova 13 Pro dan Nova 13i.

Harga dan ketersediaan siri Huawei Nova 13

Ketiga-tiga Nova 13, Nova 13 Pro dan Nova 13i tersedia untuk dipratempah bermula sekarang hingga 10 Januari 2025. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Huawei Nova 13 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,399
  • Huawei Nova 13 (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,799
  • Huawei Nova 13i (RAM 8GB + Storan 256GB)- RM1,299

Untuk pembeli yang membeli sebelum 10 Januari 2025, Huawei turut akan menyertakan pembelian dengan hadiah percuma termasuk fon putik Huawei FreeBuds 5i dan penimbang berat Huawei Scale 3.

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan siri Nova 13 di stor dalam talian Huawei serta kedai rasmi Huawei di Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Tambahan pula, kalau anda membuat tempahan melalui Huawei AppGallery, anda boleh tebus baucar eksklusif bernilai lebih RM500 daripada jenama seperti Celebrity Fitness, Dadi Cinema dan banyak lagi.



Spesifikasi Huawei Nova 13 Pro dan Nova 13

Huawei Nova 13 Pro

Huawei Nova 13 Pro merupakan varian tertinggi dalam barisannya. Ia didatangkan dengan skrin melengkung jenis LTPO OLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Sementara itu, model Nova 13 pula menggunakan paparan rata jenis OLED 6.7-inci dengan resolusi FHD dan kadar penyegaran 120Hz.

Huawei Nova 13
Huawei Nova 13 Pro

Maklumat cip yang digunakan kedua-dua Nova 13 dan 13 Pro tidak pula didedahkan Huawei, tetapi ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB untuk model biasa, manakala RAM 12GB dan storan 512GB bagi model Pro. Untuk perlindungan, hanya model Pro yang diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.

Sistem pengimejan Nova 13 Pro menampilkan tiga kamera, iaitu kamera utama 50MP, kamera telefoto 12MP dengan sokongan zum optikal 3x serta kamera ultralebar 8MP. Manakala untuk selfie, ia ada dua kamera di hadapan iaitu kamera 60MP dan kamera kedua 8MP untuk tangkapan jarak dekat.

Huawei Nova 13

Nova 13 turut memiliki kamera utama, kamera ultralebar dan kamera selfie yang sama dengan model Pro, tetapi ia tidak dilengkapi kamera telefoto dan kamera selfie kedua. Kedua-dua model turut dilengkapkan dengan bateri kapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 100W USB-C.

Selain itu, kedua-dua Nova 13 dan Nova 13 Pro juga akan menggunakan sistem operasi EMUI 14.2 dan terdapat pengimbas cap jari dalam skrin. Sambungan wayarles yang disokong WiFi 6, Bluetooth 5.2, 5G dan juga NFC. Nova 13 dan Nova 13 Pro tersedia dalam dua pilihan warna yang sama iaitu hijau dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei Nova 13 Pro dan Huawei Nova 13.

Spesifikasi Nova 13i

Walaupun Huawei Nova 13i telah dilancarkan secara rasmi bersama dua lagi model dalam barisannya, Huawei tidak mendedahkan banyak maklumat tentangnya. Malah, tiada juga laman spesifikasi Nova 13i seperti dua model yang lain.

Apa yang didedahkan hanyalah, Nova 13i menggunakan paparan 6.7-inci, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh, kamera utama 108MP dan didatangkan bersama sistem operasi EMUI 14. Nova 13i juga akan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru dan putih. Bagaimanapun, dilihat ia berkongsi beberapa spesifikasi sama dengan generasi sebelumnya.

Untuk perspektif anda, Nova 12i terdahulu didatangkan dengan skrin LCD 6.7-inci beresolusi HD Penuh dan sokong kadar penyegaran 90Hz. Ia dikuasakan cip Snapdragon 680 4G 6nm dan menampilkan kamera utama 108MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 8MP. Ia memiliki bateri 5,000mAh dan sokong pengecasan 40W.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Nova 13Huawei Nova 13 ProHuawei Nova 13i
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Siri Huawei Nova 13 rasmi di Malaysia, ada pengecasan 100W dan kamera selfie 60MP

Siri Huawei Nova 13 rasmi di Malaysia, ada pengecasan 100W dan kamera selfie 60MP

19 December 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER