• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung akan perkenal produk rumah baru dikuasakan “AI Home” pada 6 Januari 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:37 pm
  • 20/12/2024
  • Komen
Samsung akan perkenal produk rumah baru dikuasakan “AI Home” pada 6 Januari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics telah mengumumkan mereka akan memperkenalkan barisan produk kelengkapan rumah baharu yang dikuasakan AI pada 6 Januari 2025. Ia adalah sehari sebelum berlangsungnya acara CES 2025 yang akan diadakan selama empat hari, bermula 7 hingga 10 Januari 2025 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pada tarikh 6 Januari 2025, Samsung akan mengadakan satu sidang media bertemakan “AI for All” dan ia boleh ditonton secara langsung pada jam 6 petang waktu Malaysia melalui laman web Samsung Newsroom.



Anda boleh jangkakan barisan produk kelengkapan rumah dikuasakan AI seperti peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering dan berkemungkinan TV Pintar yang Samsung akan perkenalkan pada ketika itu. Semua kelengkapan rumah ini juga akan menggunakan solusi “AI Home” Samsung, membolehkan pengguna untuk memantau peranti secara jarak jauh dan kawalnya melalui skrin terbina menggunakan platform SmartThings Samsung .

Antara produk yang akan manfaatkan teknologi “AI Home” ini termasuk peti sejuk dalam barisan Bespoke, dengan ia akan dimuatkan dengan skrin sentuh 9-inci. Manakala, barisan produk mesin basuh, mesin pengering dan oven Bespoke pula akan didatangkan dengan skrin sentuh 7-inci.



Selain itu, skrin sentuh itu turut akan menyediakan akses kepada fungsi “Map View”. Dengannya, pengguna dapat melihat dan kawal semua peranti yang disambungkan dalam satu skrin. Kemas kini akan datang juga akan membenarkan fungsi kawalan jarak jauh lebih canggih, termasuk mengubah mod dan menetapkan suhu.

Skrin itu juga boleh menawarkan pelbagai ciri hiburan melalui sambungan internet seperti mampu untuk memainkan video di YouTube dan menstrim lagu di Spotify. Ia juga boleh digunakan dengan pembantu AI Samsung, Bixby dan pengguna boleh memberikan arahan suara untuk pelbagai perkara seperti menjawab panggilan, mencari maklumat dan banyak lagi.

Samsung Bespoke AI Laundry Combo

Sementara itu, peti sejuk AI tersebut juga akan berfungsi sebagai hab utama bagi peranti SmartThings. Ia akan membolehkan pengguna untuk mengawal peranti pintar lain macam door lock, langsir dan lampu. Peti sejuk itu juga dikatakan akan diprapasang dengan aplikasi Samsung TV Plus dan menyokong “Voice ID” dalam mengenali ahli suara setiap ahli keluarga untuk interaksi lebih peribadi.

Sidang media “AI for All” yang akan diadakan pada 6 Januari 2025 akan dihoskan oleh CEO dan Naib Pengerusi Samsung, Han Jong-hee. Untuk maklumat lanjut berkenaan inovasi yang akan dibawakan Samsung, nantikan sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi.

[Sumber: Samsung / koreahald]

Tags: Bixbysamsungsamsung AI HomeSamsung BESPOKEsamsung bixysamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung akan perkenal produk rumah baru dikuasakan “AI Home” pada 6 Januari 2025

Samsung akan perkenal produk rumah baru dikuasakan “AI Home” pada 6 Januari 2025

20 December 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER