• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam

  • OLEH Penaja
  • 11:00 am
  • 30/12/2024
  • Komen
BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan oleh Bank Islam

Bank Islam telah memperkenalkan dua produk baharu iaitu aplikasi mudah alih BIMB Mobile dan perbankan dalam talian BIMB Web. Anda kini boleh nikmati pengalaman perbankan Bank Islam serba baharu bertunjangkan tiga teras ini:



  1. Antara muka (UI/UX) yang baharu untuk beri akses yang lebih pantas kepada apa yang diperlukan pelanggan.
  2. Platform yang lebih berkuasa dengan tempoh loading yang lebih pantas untuk mempercepat transaksi pengguna.
  3. Ciri sedia ada ditambah baik, ciri baharu ditambah untuk lebih banyak urusan yang boleh dijalankan di hujung jari.

Berurusan dengan yakin di BIMB Web

BIMB Web adalah platform perbankan dalam talian yang menggantikan perbankan internet Bank Islam. Selagi anda mempunyai akses kepada pelayan web dan Internet, BIMB Web boleh digunakan pada bila-bila masa, 24/7. Platform perbankan dalam talian BIMB yang berwajah baru ini menawarkan kemudahan perbankan menyeluruh kepada anda.

Maklumat akaun dikemas kini secara masa nyata

Papan pemuka semua dalam satu BIMB Web yang intuitif dan mesra pengguna mempermudah urusan perbankan dilakukan. Ia tidak akan menyulitkan anda, tak kiralah anda celik IT ataupun yang pertama kali menggunakannya. Maklumat seperti baki akaun dikemas kini pada masa nyata untuk bantu anda merancang kewangan dengan lebih cekap. Proses pindahan wang dan pembayaran bil hanya perlukan beberapa klik sahaja. Mudah dan jimat masa.



Bayar pembiayaan dan mohon kemudahan kewangan 

Untuk elakkan anda terlupa melunaskan komitmen, semua kemudahan kewangan yang anda langgan turut diintegrasikan ke dalam BIMB Web. Bayaran pembiayaaan boleh dilakukan dengan cepat dan pantas. Bukan itu saja, anda boleh lakukan permohonan kemudahan kewangan terus daripada platform yang sama.

Urus dan laburkan harta, jana keuntungan lebih besar

BIMB Web turut memasukkan ciri melabur dan pemantauan pelaburan ke dalam platform. Antara muka yang ringkas memudahkan anda memantau portfolio pelaburan. Antara yang diintegrasikan adalah Tabung Haji (TH), SSPN-i, dan ASNB supaya anda boleh memantau pertumbuhan harta dalam satu antara muka.

Bawa Bank Islam di dalam poket dengan BIMB Mobile

BIMB Mobile adalah aplikasi perbankan mudah alih daripada Bank Islam. Ia serba baharu dan menggantikan aplikasi GO by Bank Islam untuk berikan anda akses perbankan dalam talian 24/7 di telefon pintar ataupun tablet. Tahap keselamatannya terjamin melalui BIMB Secure di samping antara muka yang lebih moden.

Bukan setakat tahap keselamatan dipertingkat dengan Mobile Security Wrapper, ia juga turut melindungi aplikasi BIMB Mobile daripada malware dan virus.  Antara muka juga telah diperbaharu dan banyak fungsi baru ditambah. Anda boleh membuka akaun simpanan dan membayar zakat. Pengguna Bank Islam sedia ada sangat disarankan untuk segera menggunakan BIMB Mobile.

BIMB Mobile dilindungi protokol keselamatan termaju

Keselamatan adalah keutamaan paling tinggi sewaktu Bank Islam membangunkan aplikasi BIMB Mobile. Ia melindungi data menggunakan protokol SSL, TLS 1.2, dan HTTPS. Protokol ini adalah piawaian keselamatan terkini. Ia memastikan komunikasi antara peranti anda dengan platform Bank Islam sentiasa terjamin kerahasiaannya.

Sebagai lapisan keselamatan tambahan, tatacara log masuk juga diperketat. Misalnya, anda perlu mengesahkan imej ataupun perkataan yang anda saja tahu. Log masuk juga dihadkan kepada satu peranti pada satu masa. Untuk log masuk, kaedah biometrik seperti pengimbas cap jari juga tersediauntuk peranti yang menyokong fungsi tersebut

Anda tak perlu risau kebocoran data kerana data akan terhapus bila aplikasi dinyah pasang. Sekiranya dipasang semula, proses pengaktifan dan pengesahan perlu dilakukan semula.

Perkhidmatan komprehensif yang ditawarkan BIMB Mobile

BIMB Mobile adalah aplikasi perbankan dalam talian yang komprehensif. Banyak urusan boleh dibereskan. Berikut adalah sebahagian yang boleh anda temukan:

  • minta wang melalui DuitNow Request
  • sedekah
  • transaksi multiperpindahan
  • mohon produk kewangan
  • mohon kad kredit
  • pengurusan kad debit/kredit
  • perpindahan pantas
  • pengurusan harta
  • “Kill Switch”
  • zakat

Aplikasi BIMB Mobile boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan ke atas ataupun pengguna Android yang menggunakan sistem operasi Android 10 dan ke atas.

Anda boleh tonton video rasmi BIMB Mobile dan BIMB Web di sini.

Daftar dan aktifkan BIMB Mobile

Pengguna GO by Bank Islam perlu memastikan anda menggunakan v3.3.08 dan ke atas sebelum berpindah ke aplikasi BIMB Mobile. Pautan di bawah akan bawa anda ke laman muat turun BIMB Mobile. Anda boleh tekan pautan mengikut peranti yang anda gunakan:

  • BIMB Mobile untuk Android
  • BIMB Mobile untuk Huawei
  • BIMB Mobile untuk iPhone

Sebagai peringatan, disebabkan tahap keselamatan yang tinggi pada BIMB Mobile, sesetengah peranti mungkin akan hadapi masalah untuk menggunakannya. Peranti yang akan dihalang akses adalah seperti peranti yang telah di jailbreak ataupun rooted. Selain itu, peranti dijangkiti malware ataupun yang menggunakan sistem operasi terlalu usang juga akan berdepan isu sama.

Pengguna baharu perlu lakukan pengaktifan di mesin ATM, cawangan, ataupun melalui talian khidmat pelanggan Bank Islam. 

  • Pengaktifan guna ATM/CRM: Masukkan kad > tekan PIN > pilih Online Access Activation
  • Pengaktifan di cawangan: Isi borang mengikut arahan
  • Pengaktifan guna khidmat pelanggan: emel ke [email protected] 

Anda boleh pergi ke laman rasmi BIMB Mobile dan BIMB Web untuk maklumat lanjut.

Penaja

Penaja

POPULAR

BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam

BIMB Mobile dan BIMB Web revolusi baru perbankan mudah alih Bank Islam

30 December 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER