• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan tamatkan status rangkaian 5G tunggal DNB, apa akan jadi seterusnya?

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:42 pm
  • 02/01/2025
  • Komen
Kerajaan tamatkan status rangkaian 5G tunggal DNB, apa akan jadi seterusnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Digital Nasional Berhad (DNB) kini secara rasmi kehilangan statusnya sebagai model Rangkaian Borong Tunggal (SWN). Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil telah menerbitkan Arahan Menteri No. 4 Tahun 2024 pada 31 Disember 2024 yang menyatakan bahawa model rangkaian borong tunggal akan dipertingkatkan dan ditukar kepada model dwirangkaian 5G.

Ini susulan daripada pelantikan sebuah syarikat telco (U Mobile) untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua, beberapa bulan selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.



Status DNB sebagai Rangkaian Borong Tunggal ditamatkan

Dalam dokumen Arahan Menteri yang sama, Fahmi telah membatalkan Arahan Menteri No. 3 Tahun 2021 yang diterbitkan oleh Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah. Pada ketika itu, beliau telah melantik DNB sebagai entiti tunggal untuk melaksanakan rangkaian 5G di Malaysia.

DNB pada awalnya ditubuhkan sebagai Rangkaian Borong Tunggal sewaktu pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk membangunkan rangkaian 5G pertama dan satu-satunya di Malaysia. Berdasarkan Arahan Menteri yang dikeluarkan pada 31 Mei 2021, DNB sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan dan menjadi pihak tunggal untuk membangunkan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.



Dengan pembatalan arahan sebelum ini, Kerajaan Malaysia kini sedang dalam proses untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua. SKMM juga telah diarah untuk mulakan langkah yang seterusnya diperlukan bagi pelaksanaan dwirangkaian 5G oleh syarikat telco atau pemohon yang berjaya.

Syarat dan sasaran perlu dicapai rangkaian 5G kedua belum diumum SKMM

Walaupun sudah dua bulan U Mobile diumumkan sebagai pemenang rangkaian 5G kedua, SKMM masih lagi belum mengumumkan sasaran pelaksanaan 5G dan syarat-syarat untuk rangkaian 5G kedua. Keputusan pelantikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua tentunya menimbulkan persoalan memandangkan ia adalah telco paling kecil berbanding empat lagi pesaing lain daripada segi keluasan cakupan rangkaian, pelanggan dan pendapatan.

Berikutan menerima kritikan orang ramai kerana pelantikan U Mobile, SKMM telah mengeluarkan kenyataan mereka berhubung perkara ini. SKMM menerangkan bahawa keputusan dibuat berdasarkan pelbagai faktor termasuk pelan perniagaan dan teknikal, aduan pengguna, rekod kepuasan pengguna dan prestasi U Mobile dalam melaksanakan infrastruktur mereka.

Ia juga termasuk sumbangan kepada Pemberian Perkhidmatan Sejagat untuk projek seperti Fasa 1 JENDELA dan projek naik taraf 4G lain. Perkara ini selari dengan komitmen SKMM untuk menambah baik pengalaman pengguna dan kualiti perkhidmatan.

Apa akan terjadi kepada DNB dan bagaimana telco akan bayar semula dana?

Model dwirangkaian 5G dicipta bertujuan untuk mewujudkan persekitaran persaingan sihat yang sepatutnya dapat mempercepatkan pelaksanaan 5G, selain menambah baik harga dan perkhidmatan kepada pengguna dan perniagaan. Namun, pada ketika ini, masih ada keraguan tentang kelestarian dan keberkesanan dwirangkaian 5G ini, kerana terdapat ketidakseimbangan antara pihak-pihak yang terlibat dalam projek tersebut.

Paling penting adalah bagaimana kerajaan akan memastikan kelestarian DNB yang asalnya ditubuhkan sebagai model Rangkaian Borong Tunggal. Seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Digital, Gobind Singh, DNB dibangunkan dengan bajet sebanyak RM16.5 bilion selama 10 tahun dan sebahagian besar pembiayaannya datang daripada pinjaman swasta yang dijamin kerajaan.

Sehingga kini, DNB telah membelanjakan RM5 bilion untuk membangunkan rangkaian 5G. Gobind Singh turut menjelaskan bahawa rangkaian 5G kedua tidak boleh dimulakan sehinggalah dana Kementerian Kewangan berjumlah RM950 yang disuntik ke dalam DNB dibayar semula oleh syarikat telekomunkasi. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan yang ditetapkan untuk proses peralihan kepada model dwirangkaian 5G serta bagi memastikan tiada kerugian di pihak kerajaan.

Selepas pemenang rangkaian 5G kedua diumumkan, lagi yang menjadi tanda tanya adalah mengenai syarikat telco yang memegang saham DNB dan bagaimana mereka akan mengambil alih hutang yang ada tanpa memberi kesan kepada kerajaan dan pembayar cukai.

Kalau U Mobile atau telco lain keluar daripada perjanjian DNB untuk bina rangkaian 5G kedua, berapa banyak yang mereka perlu bayar kepada kerajaan sekiranya mahu tamatkan perjanjian 5G sedia ada sebelum kontrak 10 tahun berakhir?

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: digital nasional berhadDNBMCMCrangkaian 5G keduaSKMMswnu mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kerajaan tamatkan status rangkaian 5G tunggal DNB, apa akan jadi seterusnya?

Kerajaan tamatkan status rangkaian 5G tunggal DNB, apa akan jadi seterusnya?

2 January 2025
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN