• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 13 Malaysia: Diperkasa Snapdragon 8 Elite & kamera Hassleblad 50MP, harga RM4,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:58 pm
  • 08/01/2025
  • Komen
OnePlus 13 Malaysia: Diperkasa Snapdragon 8 Elite & kamera Hassleblad 50MP, harga RM4,399
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, OnePlus 13 kini telah rasmi dilancarkan di peringkat antarabangsa, termasuklah Malaysia. Majlis tersebut juga menyaksikan OnePlus melancarkan model lebih mampu milik, iaitu OnePlus 13R. Tetapi buat masa ini, hanya OnePlus 13 yang disahkan memasuki pasaran Malaysia.

Harga OnePlus 13 di Malaysia

Terdapat satu varian OnePlus 13 yang ditawarkan di Malaysia dan harganya adalah sama seperti apa yang didedahkan beberapa pengedar OnePlus beberapa hari lepas. Berikut adalah harga jualan OnePlus 13 di Malaysia:



  • OnePlus 13 (RAM 16GB dan storan 512GB) – RM4,399

Tempahan awalnya masih lagi dibuka sehingga 10 Januari 2025 dan mereka yang menempah awal akan diberikan hadiah percuma bernilai sehingga RM547 seperti:

  • Set pengecas SuperVooc 100W (bernilai RM199)
  • Sarung telefon magnetik (bernilai RM149)
  • Powerbank magnetik 5,000mAh (bernilai RM199)

Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan OnePlus 13 di stor online Oppo atau gedung rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi OnePlus 13

Pada bahagian depan, OnePlus 13 hadir dengan paparan LTPO OLED 6.82-inci beresolusi QHD+ 3168 x 1440 dengan kadar penyegaran 1-120Hz. Paparannya turut ada kecerahan puncak setinggi 4,500 nits dan dilapisi kaca Ceramic Guard sebagai pelindung.

Di dalam, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.0 seluas 512GB untuk pasaran Malaysia. Ia akan menjalankan sistem operasi OxygenOS 15 berasaskan Android 15. Menurut OnePlus, ia adalah sistem operasi paling ringan mereka menggunakan storan 20% lebih rendah, serta tawarkan pengalaman mengguna lagi lancar.

Sistem pengimejan OnePlus 13 mengguna pakai teknologi Hassleblad generasi ke-5. Terdapat tiga kamera di belakangnya dan ia adalah kamera utama 50MP yang menggunakan sensor Sony LYT-808 1/1.4″, kamera ultralebar 50MP F2.0 dan juga kamera telefoto 50MP F2.6 berkemampuan zum optikal 3x. Lubang di atas skrin pula menempatkan kamera hadapan 32MP.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 6,000mAh yang menggunakan teknologi Silicon NanoStack. Untuk mengecas, telefon ini menyokong pengecasan 100W SuperVOOC berwayar dan 50W AirVOOC wayarles. OnePlus dakwa telefon boleh dicas penuh dalam masa 36 minit sahaja dengan sokongan 100W SuperVOOC.

Walaupun dilengkapi bateri besar, badan yang dimiliki OnePlus 13 adalah nipis 8.5mm, 7% lebih nipis berbanding generasi terdahulu dan memiliki berat 213g. Mengenai warna, OnePlus 13 tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu biru yang menggunakan kemasan kulit, putih dan hitam.

Selain itu, flagship terbaru ini juga diiktiraf kalis air dan debu IP69/68 dan menggunakan speaker stereo OReality Audio. Lagi perkara yang disokong OnePlus 13 termasuk NFC, Bluetooth 5.4, WiFi 7, butang Alert Slider dan pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin. OnePlus turut menyediakan sokongan kemas kini OS sebanyak 4 kali dan kemas kini keselamatan 6 tahun untuk OnePlus 13.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk OnePlus 13.

Tags: OnePlusOnePlus 13OnePlus Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OnePlus 13 Malaysia: Diperkasa Snapdragon 8 Elite & kamera Hassleblad 50MP, harga RM4,399

OnePlus 13 Malaysia: Diperkasa Snapdragon 8 Elite & kamera Hassleblad 50MP, harga RM4,399

8 January 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER