Artikel ini dibawakan oleh Samsung
Pada tahun 2024, Galaxy AI Samsung telah mengubah cara kita berinteraksi dengan telefon pintar. Zaman di mana peranti ini hanya sekadar alat kini dah berlalu. Dengan Galaxy AI, telefon pintar kini menjadi peneman yang intuitif dan menyatu dengan rutin harian kita.
Tak kira untuk kerja atau interaksi sosial, era “sebelum Galaxy AI” terasa ketinggalan zaman. Kerana ketika itu, bekerja secara manual adalah kebiasaan.
Tapi, apa sebenarnya Galaxy AI, dan apakah yang akan ia akan bawakan pada masa depan? Jom kita lihat ciri-ciri menarik Galaxy AI pada tahun 2024 dan jelajahi kemungkinan menarik yang ia bawa untuk tahun 2025.
Ini apa yang anda boleh lakukan dengan Galaxy AI hari ini
Galaxy AI dah memperkenalkan pelbagai ciri yang dapat penuhi pelbagai aspek kehidupan seharian, dari hiburan, kreativiti, produktiviti kerja, interaksi sosial, malah keupayaan mencari maklumat.
Biarkan kreativiti anda menyerlah
Galaxy AI telah menjadi revolusi buat para pengguna kreatif dan juga pengguna biasa. Ciri Sketch to Image bolehkan anda untuk ubah contengan tangan kepada sebuah karya seni yang luar biasa. Contohnya, bayangkan seorang kanak-kanak melukis sebuah rumah biasa, Galaxy AI boleh bantu ubahnya menjadi imej 3D yang sangat realistik.
Begitu juga dengan Generative Edit. Ia membolehkan pengguna mengubah gambar dengan mudah kerana mereka boleh tambah atau keluarkan elemen sambil kekalkan imej kelihatan realistik. Satu contoh biasa adalah dengan membuang seseorang yang tak diingini dalam gambar percutian, berikan anda syot yang sempurna.
Sementara itu, ciri Instant Slow-mo boleh tukarkan detik-detik biasa menjadi sorotan menarik dengan kesan perlahan pada video. Gambarkan anda rakam haiwan peliharaan anda, kemudian boleh tukarkannya menjadi klip dramatik yang boleh dikongsi hanya dengan satu sentuhan.
Luahkan stres kerja anda pada Galaxy AI
Direka untuk tingkatkan produktiviti dan kecekapan, Note Assist mampu mengatur nota mesyuarat dan highlight perkara-perkara utama. Sebagai contoh, semasa sesi perbincangan, ia boleh mentranskripsi dan meringkaskan rakaman suara untuk rujukan dan pemahaman yang lebih mudah.
Fungsi Composer membawa perkara ini lebih jauh dengan kebolehan menjana teks dan perenggan yang berkualiti dan profesional berdasarkan parameter yang anda berikan. Anda boleh berikan kandungan dalam bentuk poin, dan Composer akan bantu anda cipta proposal yang kemas dalam beberapa minit.
Kena baca PDF dalam bahasa asing? Jangan risau sebab PDF Overlay Translate boleh tawarkan terjemahan masa nyata untuk dokumen PDF, sekalu gus mudahkan komunikasi tanpa perlu menukar aplikasi.
Komunikasi lancar
Chat Assist pula memperbaiki pemesejan anda dengan memeriksa tatabahasa, menulis semula teks dalam gaya yang berbeza, dan menterjemah kandungan. Contohnya, kalau anda hadapi masa sukar untuk susun mesej rasmi, Chat Assist memastikan mesej tersebut jelas dan sesuai dengan nada yang betul.
Live Translate akan bawa perkara ini ke tahap seterusnya dengan kemampuan terjemah perbualan secara langsung semasa panggilan telefon. Nak bincang sesuatu dengan kawan di luar negara kini jadi lebih mudah, lantas meruntuhkan halangan bahasa tanpa masalah.
Maklumat di hujung jari anda
Google Cirlce to Search membolehkan anda membulatkan objek di skrin untuk cari sesuatudalam talian. Pada tahun 2024, ciri ini telah ditambah baik dengan keupayana untuk selesaikan masalah matematik, terjemah teks, dan kenal pasti muzik. Sebagai contoh, anda boleh ambil gambar masalah matematik, dan Circle to Search akan sediakan penyelesaian langkah demi langkah, lengkap dengan penjelasan.
Melangkah ke hadapan: Apa yang boleh anda jangkakan dari Galaxy AI pada 2025
Walaupun memiliki potensi yang besar untuk ubah permainan, masih ada yang meragui keperluan AI. Adakah ia sekadar kemewahan atau benar-benar pembawa perubahan ? Galaxy AI terbukti dapat tingkatkan produktiviti, kreativiti, dan komunikasi pengguna, tetapi perjalanannya tak berhenti di sini.
Dalam tahun 2025, Galaxy AI dijangka berkembang lebih besar. Kita boleh harapkan integrasi yang lebih mendalam di seluruh peranti, menjadikan setiap interaksi lagi lancar dan intuitif. Bayangkan telefon pintar anda boleh bekerjasama dengan peralatan rumah, peranti boleh pakai, bahkan kereta anda. Ia akan mewujudkan ekosistem digital yang menyeluruh. Masa depan manusia akan lebih baik.
Galaxy AI bakal jadi rakan yang lebih penting, penuhi keperluan, tawarkan penyelesaian proaktif, dan tingkatkan kualiti hidup. Ia boleh menyesuaikan diri dengan habit unik anda secara langsung, sekali gus memperibadikan pengalaman hiburan, pendidikan, kerja, dan perkembangan peribadi anda.
Gambarkan yang AI bukan sahaja tetapkan jadualkan mesyuarat anda, tapi juga boleh cadangkan rehat berdasarkan tahap stres anda dan pelajari aktiviti harian yang anda lakukan. Ini berikan tahap personalisasi yang tiada tandingan.
Melangkah ke tahun 2025, kemungkinannya tiada had.
Alami kehebatan Galaxy AI sekarang
Kehebatan Galaxy AI kini tersedia pada pelbagai peranti Samsung, termasuk siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6, dan model yang dikemas kini dengan One UI 6.1.1. Ekosistem ini terus berkembang, membawa fungsi AI terkemuka ke lebih ramai pengguna di seluruh dunia.
Bagi mereka yang tak memiliki peranti Galaxy atau peranti Galaxy yang serasi, anda boleh cuba Galaxy AI secara maya! Cuba hari ini dan lihat bagaimana AI boleh meningkatkan kehidupan harian anda.
Sertai acara Galaxy Unpacked 2025
Pada 23 Januari 2025, Samsung akan mengehoskan acara Unpacked mereka yang seterusnya dan memperkenalkan inovasi AI serta peranti Galaxy terbaharu. Anda boleh tontonnya secara langsung di laman web rasmi Samsung, Newsroom Samsung, YouTube, Instagram, Facebook dan Linkedin pada jam 23 Januari pada jam 2 pagi waktu Malaysia.
Daftarkan minat anda untuk peranti Galaxy seterusnya dan jawab soalan tinjuan sebelum 22 Januari dan terima e-baucar RM200! Peserta yang layak juga berpeluang memenangi hadiah! Berminat? Apa tunggu lagi, daftarkan minat anda di laman web Samsung.