• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChargEV sediakan pengecas DC 400kW di Tangkak, hab pengecasan pertama untuk lori elektrik

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:17 am
  • 12/01/2025
  • Komen
ChargEV sediakan pengecas DC 400kW di Tangkak, hab pengecasan pertama untuk lori elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

ChargEV telah menyediakan salah satu hab pengecasan EV terbesar di laluan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor. Hab pengecasan ini bukan sahaja menjadi hentian ideal untuk pemandu EV yang bergerak di antara Kuala Lumpur dan Singapura, tetapi juga direka untuk menampung pengecasan bagi lori elektrik komersial.

Kami berpeluang untuk melihat hab pengecasan ini awal sebelum pelancaran rasminya, dan ini adalah apa yang ia tawarkan.



Hab pengecasan ChargEV ini terletak di perhentian Tangkak Pitstop yang berada kurang 1km dari plaza tol Tangkak dan boleh diakses dari arah Utara dan Selatan. Untuk lokasi ini, ChargEV telah menggunakan solusi pengecasan DC Kempower dengan sistem pengagihan kuasa dinamik.

Terdapat 8 ruang pengecasan yang disediakan dan masih ada lagi ruang untuk menambah lebih banyak pengecas DC.



Tidak seperti kebanyakan lokasi pengecasan EV lain yang direka hanya untuk kereta, hab pengecasan ini direka untuk memenuhi keperluan pengecasan bagi trak elektrik komersial yang melalui laluan di antara KL dan Singapura. Tangkak Pitstop ini turut mempunyai medan selera, surau dan tandas yang dikendali Majlis Daerah Tangkak.

Lokasi EV ini masih belum dibuka kepada khalayak ramai buat masa ini. Apabila beroperasi sepenuhnya, pengecas DC beroperasi pada kadar RM1.60 untuk setiap kWh. Tetapi jika anda melanggan pelan tahunan ChargEV, anda boleh nikmati diskaun 50%.

Hab pengecasan ChargEV di Tangkak ini akan menjadi alternatif kepada hab pengecasan EV Gentari yang terletak di Petronas Bandar Baru Ayer Hitam di Johor berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

Sekiranya anda terlepas, ChargEV telah bekerjasama dengan eLoaded untuk melancarkan hab pengecasan DC berskala besar. Salah satu hab pengecasan EV itu terleletak di Elmina Lakeside Mall yang dilengkapi dengan 16 pengecasan DC.

Tags: chargevEVkempowerPengecas EVPengecasan EVtrak elektrik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
ChargEV sediakan pengecas DC 400kW di Tangkak, hab pengecasan pertama untuk lori elektrik

ChargEV sediakan pengecas DC 400kW di Tangkak, hab pengecasan pertama untuk lori elektrik

12 January 2025
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER