• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ryt Bank: Bank digital Malaysia pertama dikuasakan AI oleh YTL dan Sea Limited

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:11 pm
  • 15/01/2025
  • Komen
Ryt Bank: Bank digital Malaysia pertama dikuasakan AI oleh YTL dan Sea Limited
Share on FacebookShare on Twitter

YTL Digital Bank Berhad, gabungan antara YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited telah secara rasmi memperkenalkan Ryt Bank. Bank digital terbaharu ini telah pun menerima lesen perbankan digital daripada Kementerian Kewangan (MoF) dan telah diberi kebenaran untuk memulakan operasi pada 20 Disember 2024.

Ia merupakan bank digital keempat yang dilancarkan di Malaysia, selepas Boost Bank yang dilancar pada Jun tahun lalu.



Ryt Bank digelar sebagai bank digital pertama di Malaysia yang dikuasakan AI dengan ia menggunakan slogan “Banking Done Right”. Bank digital ini akan melancarkan perkhidmatannya kepada orang ramai secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang untuk memastikan pelaksanaan yang lancar.

Ryt Bank tawarkan platform perbankan dikuasakan AI

CEO Ryt Bank, Melvin Ooi berkata “Ryt Bank yang disokong oleh kekukuhan YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited bersedia untuk mengubah landskap perbankan di Malaysia. Kami akan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan pengalaman yang tiada tandingan kepada pelanggan, seterusnya menawarkan perkhidmatan kewangan yang bermakna dan inklusif bagi membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka.”



Dalam kenyataan rasmi, Ryt Bank menyatakan bahawa mereka berbangga menjadi bank yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Dengan memperkasakan bakat tempatan, Ryt Bank berkata mereka telah membangunkan platform dikuasakan AI generasi terkini yang dapat memudahkan pengalaman pelanggan, termasuk dari pendaftaran pantas kepada transaksi yang lancar.

Malaysia’s newest Digital Bank is called Ryt Bank. The YTL Digital Bank is described as Malaysia’s first AI-powered digital bank. pic.twitter.com/xn0HAjTV5W

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) January 14, 2025

Ryt Bank mengatakan mereka mahu mengubah perbankan menjadikannya lebih mudah diakses dan mencapai sasaran negara untuk memenuhi keperluan perbankan rakyat Malaysia. Menurut mereka, 15% daripada populasi penduduk Malaysia masih kekurangan akses kepada perkhidmatan perbankan.

Ryt AI: Jurubank peribadi dikuasakan AI seakan ChatGPT

Apa yang menarik pada Ryt Bank adalah ia menawarkan chat dikuasakan AI yang dipanggil sebagai Ryt AI. Ia direka untuk memudahkan perkhidmatan perbankan, memberikan pandangan kewangan bersesuaian sertan menguruskan stratergi simpanan yang lebih baik. Seperti yang ditunjukkan di dalam video promosi, anda boleh beri arahan pada Ryt AI untuk lakukan transaksi perbankan seperti pindahan wang dengan satu prompt.

Ryt AI didakwa cukup pintar untuk kendalikan transaksi dengan hanya imej yang diberikan. Dalam contoh yang diberikan, anda boleh menghantar tangkap layar perbualan anda bersama orang yang meminta pembayaran, kemudian Ryt AI akan mengekstrak info-info seperti jumlah transaksi dan nombor akaun bank untuk lakukan pemindahan dana.

Ryt AI dikatakan dibangun untuk memastikan ia mudah diakses dan akan menyokong beberapa bahasa untuk memenuhi pelbagai keperluan. Ia juga akan beroperasi selama 24/7.

Untuk memberikan ketenangan fikiran pada para pelanggan, Ryt Bank juga memaklumkan mereka mengutamakan keselamatan dan ketelusan. Pelanggan akan terima penyulitan yang canggih, berbilang lapisan keselamatan, pengesahan biometrik melalui muka dan pemantauan penipuan masa nyata.

Selain itu, simpanan di Ryt Bank juga akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pengguna. Tambahan pula, tiada yurang tersembunyi pada perkhidmatan Ryt Bank, sekali gus mencerminkan komitmen mereka terhadap ketelusan dan kepercayaan.

Ryt Bank ditubuhkan dengan kerjasama antara YTL dan Sea. Untuk maklumat anda, YTL adalah syarikat infrastruktur di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 70 tahun lalu, sementara Sea pula adalah syarikat induk kepada Garena, Shopee dan SeaMoney.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh daapatkan di laman web Ryt Bank.

Tags: Bank DigitalRyt AIRyt BankSea LimitedytlYTL Digital BankYTL Digital Capital
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ryt Bank: Bank digital Malaysia pertama dikuasakan AI oleh YTL dan Sea Limited

Ryt Bank: Bank digital Malaysia pertama dikuasakan AI oleh YTL dan Sea Limited

15 January 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER