• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini cara dapatkan diskaun RM600 untuk tempoh pratempah

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:02 pm
  • 17/01/2025
  • Komen
Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Samsung Galaxy S25 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi berikutan pelancarannya di pentas antarabangsa di acara Galaxy Unpacked pada 23 Januari 2025. Pada ketika ini, kalau anda berminat untuk dapatkan siri Galaxy S25, anda boleh terima eBaucar bernilai RM200 dengan hanya mendaftarkan minat untuknya.

Kalau anda nak nikmati lebih banyak penjimatan untuk siri Galaxy S25, Samsung juga menawarkan pilihan untuk anda menaik taraf eBaucar daripada RM200 kepada RM600. Ia adalah sebahagian daripada tawaran Samsung Reservation+.



Samsung Reservation+ adalah eBaucar berharga RM100 yang membolehkan anda untuk menaik taraf nilai eBaucar pendaftaran kepada RM600. Untuk mudah faham, kalau anda membayar RM100 sekarang, anda akan dapat potongan RM600 untuk menempah siri Galaxy S25. Sesi pratempah siri Galaxy S25 akan bermula pada 23 Januari 2025 pada jam 2 pagi waktu Malaysia.

Samsung Reservation+ tersedia didapatkan di stor online Samsung dan anda akan terima kod eBaucar melalui e-mel dalam masa 24 jam. Perlu diingatkan juga bahawa anda perlu menghantar pendaftaran minat untuk siri Galaxy S25 terlebih dahulu sebelum meneruskan ke Samsung Reservation+.



Menurut T&C, eBaucar RM600 tersebut hanya terpakai untuk telefon pintar Galaxy yang akan dilancarkan dan boleh ditebus sewaktu sesi pratempah yang akan berjalan dari 23 Januari 2025 pada jam 2 pagi hingga 13 Februari 2025 pada jam 11:59 malam. Baucar ini diterima digunakan di laman web rasmi Samsung Malaysia dan aplikasi Samsung Shop (tidak termasuk bagi program tawaran pelajar, program pembelian untuk pekerja dan program atau promosi yang lain.

eBaucar akan dibatalkan jika tidak ditebus sewaktu dalam tempoh tempahan awal siri Galaxy S25. Ia juga akan dihadkan satu eBaucar bagi setiap transaksi dan tidak boleh digabungkan dengan eBaucar lain. Satu eBaucar juga dihadkan untuk satu pengguna dan tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai.

Sebagai peringatan, acara Galaxy Unpacked akan berlangsung pada jam 2 pagi waktu Malaysia pada hari Khamis, 23 Januari 2025. Anda boleh tonton pelancaran siri Galaxy S25 secara langsung melalui saluran rasmi Samsung di YouTube dan laman web mereka.

Tags: Galaxy S25galaxy unpackedsamsungSamsung Galaxy S25samsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rasai revolusi AI dalam telefon pintar menerusi siri Samsung Galaxy S24

Samsung Galaxy S25 Malaysia: Ini cara dapatkan diskaun RM600 untuk tempoh pratempah

17 January 2025
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN