• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNG eWallet perkenal ciri SOS Balance, bolehkan anda lalu tol tanpa baki mencukupi

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:59 pm
  • 22/01/2025
  • Komen
TNG eWallet perkenal ciri SOS Balance, bolehkan anda lalu tol tanpa baki mencukupi
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi mereka, iaitu SOS Balance. Ciri ini direka untuk memastikan anda tidak tersekat di plaza tol dan berfungsi dengan menyediakan kredit kecemasan dan membolehkan anda membayar tambang tol tertunggak kemudian.

Ciri ini telah pun tersedia di dalam aplikasi TNG eWallet pada kemas kin terbaru dan pengguna boleh menggunakannya bermula hari ini.



Apa itu SOS Balance TNG eWallet?

Seperti yang dikatakan tadi, SOS Balance adalah ciri yang memberikan kredit sementara untuk anda melangsaikan pembayaran tol sekiranya baki tidak mencukupi. Anda akan diberikan masa 24 jam untuk membayar semula amaun tertunggak dan tiada caj ekstra dikenakan.

Untuk lihat halaman SOS Balance, anda boleh tap ikon kereta yang berada di sebelah baki eWallet anda.



Laman sOS Balance jika anda layak
Laman sOS Balance jika anda tidak layak

Ciri SOS Balance ini akan dikeluarkan eksklusif kepada pengguna setia TNG eWallet. Berdasarkan laman FAQ, anda boleh tingkatkan kelayakan dengan lakukan perkara ini dengan konsisten:

  • Menyelesaikan semua pembayaran tertunggak dengan segera
  • Menambah wang secara kerap ke dalam eWallet
  • Menggunakan eWallet secara aktif untuk transaksi

Sekiranya anda layak, anda akan nampak status “Ready to Use” di laman SOS Balance seperti yang ditunjukkan di gambar di atas, serta tiada pengaktifan yang perlu dilakukan. Kalau anda bercadang untuk gunakan PayDirect dengan kad TNG sedia ada, pastikan kad tersebut sudah dipaut pada TNG eWallet anda.

Ciri SOS Balance ini hanya boleh digunakan dengan pembayaran yang disambungkan dengan TNG eWallet seperti PayDirect dan TNG RFID. Ia juga boleh dipakai pada semua kad TNG dan TNG RFID yang dipautkan dengan akaun eWallet anda.

Baki tertunggak mesti dibayar semula dalam masa 24 jam

SOS Balance membenarkan anda melalui tol walaupun dengan baki tidak mencukupi, tetapi anda perlu membayar semula amaun tertunggak dalam masa 24 jam. Jika anda gagal selesaikan pembayaran tertunggak sepenuhnya selepas 24 jam, ciri SOS Balance serta ciri pembayaran eWallet yang lain tidak akan boleh digunakan sehinggalah anda tambah nilai baki di dalam eWallet.

Sebagai contoh, kalau anda gunakan RM30 untuk SOS Balance dan tambah nilai RM100, jumlah RM30 akan ditolak secara automatik.

Lebuh raya yang sokong TNG eWallet SOS Balance

Pelu diingatkan yang TNG eWallet SOS Balance yang boleh digunakan dengan TNG RFID and PayDirect di plaza tol, bermakna semua lorong RFID boleh digunakan. Sementara itu, untuk PayDirect (di lorong SmartTAG dan kad TNG), ia disokong di kebanyakan lebuh raya kecuali LPT1, LPT2, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), NKVE, ELITE, SPDH, dan LINKEDUA.

Berikut adalah senarai penuh lebuh raya yang sokong PayDirect dan RFID:

Tags: kad tngPayDirectrfidSOS Balancetngtng ewalletTouch n GoTouch n Go eWallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TNG eWallet perkenal ciri SOS Balance, bolehkan anda lalu tol tanpa baki mencukupi

TNG eWallet perkenal ciri SOS Balance, bolehkan anda lalu tol tanpa baki mencukupi

22 January 2025
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN