• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco U Mobile

U Mobile buka kedai flagship terbesar di Sunway Pyramid, tawar hadiah sehingga RM800,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:20 pm
  • 24/01/2025
  • Komen
U Mobile buka kedai flagship terbesar di Sunway Pyramid, tawar hadiah sehingga RM800,000
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile, bakal penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia mengumumkan mereka telah melancarkan kedai flagship terbaru di pusat beli belah Sunway Pyramid. Ia merupakan kedai flagship mereka yang kedua dan terbesar di Malaysia, selepas kedai flagship pertama yang terletak di ibu pejabat U Mobile di Berjaya Times Square.

Menurut U Mobile, pusat beli belah Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi kedua kerana daya tarikannya kepada golongan berkeluarga, iaitu sasaran utama yang U Mobile sedang giat perluaskan. Ia juga adalah sebahagian daripada strategi U Mobile untuk meluaskan capaian bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna.



Apa yang ada di kedai flagship terbaru di Sunway Pyramid?

Sumber: Facebook Sunway Pyramid

U Mobile memaklumkan bahawa kedai flagship terbaharu ini akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang imersif menggunakan teknologi 5G dan AI. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan ciri peruncitan pintar seperti tanda harga digital dan kamera litar tertutup yang dikuasakan AI dengan fungsi keselamatan pintar.

Sumber: Facebook Sunway Pyramid

Lagi perkara yang diketengahkan pada kedai flagship ini adalah, ia tampil dengan “immersive dome”, iaitu kubah 360 darjah pertama yang pernah ada dalam premis jualan di Malaysia. Kubah tersebut dikatakan menggunakan video, sistem audio, VR (Virtual Realiti) dan AR (Argumented Reality) dan MR (Mixed Reality) berkualiti tinggi bagi mencipta pengalaman imersif. Ia boleh diakses secara percuma oleh para pengunjung.



Terdapat juga tarikan lain pada kedai flagship terbaru U Mobile ini termasuk:

  • Holobox: Unit kendiri yang menggunakan teknologi holografik untuk sistem pengurusan giliran, di mana anda boleh berinteraksi dengan avatar holografik Stacy Anam, iaitu duta jenama U Mobile untuk mendapatkan perkhidmatan. Holobox juga berfungsi sebagai kiosk photobooth yang membolehkan pengunjung menangkap gambar, kemudian imej yang dijana AI akan dipaparkan secara nyata di dalam “immersive dome”.
  • Zon U Home: Zon ini menampilkan konsep Rumah Pintar dan memberikan highlight berkenaan manfaat pelan keluarga U Mobile seperti U Family 128 dan pakej U Home 5G
  • Ruang U Business: Ruang ini mempamerkan penyelesaian perniagaan menarik yang berkuasa 5G dan teknologi-teknolgi lain
  • Zon Gaya Hidup: Menampilkan permainan VR untuk semua peringkat umur, serta memperlihatkan produk eksklusif dan kerajsama U Mobile

U Mobile tawar hadiah dan promosi bernilai sehingga RM800,000

Bagi meraikan pembukaan outlet terbaharu ini, U Mobile menawarkan hadiah eksklusif dan promosi bernilai sehingga RM800,000, dari 24 hingga 26 Januari 2025. Hadiah tersebut termasuk telefon pintar 5G, penginapan di Sunway Resort dan juga hoodie eksklusif hasil kolaborasi U Mobile dan Pestle & Mortar Clothing.

88 pengunjung pertama setiap hari juga boleh membeli Huawei GT Cyber Watch dengan harga hanya RM0.99, berdasarkan siapa cepat dia dapat, bermula jam 11 pagi. Tawaran ini khas hanya untuk pelanggan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 U Mobile.

Sementara itu, pelanggan baru U Family 128 serta semua pengunjung berpeluang untuk sertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi setiap hari. Anda boleh lihat jadual di bawah untuk ketahui senarai aktiviti yang akan diadakan dengan lebih jelas.

Jika berminat, anda boleh singgah ke kedai flagship U Mobile terbaharu terletak di tingkat 1, Sunway Pyramid. Ia akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman web U Mobile.

Tags: telcou mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

U Mobile buka kedai flagship terbesar di Sunway Pyramid, tawar hadiah sehingga RM800,000

U Mobile buka kedai flagship terbesar di Sunway Pyramid, tawar hadiah sehingga RM800,000

24 January 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER