• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile akan tamatkan perkhidmatan GoPayz pada 31 Mac

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:36 pm
  • 27/01/2025
  • Komen
U Mobile akan tamatkan perkhidmatan GoPayz pada 31 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan eWallet U Mobile, iaitu GoPayz akan menamatkan operasinya pada 31 Mac 2025. Perkara ini diumumkan GoPayz menerusi laman web rasmi mereka. GoPayz diperkenalkan U Mobile pada tahun 2019 dengan tujuan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, mampu milik dan juga menyeluruh.

GoPayz membezakan perkhidmatan mereka dengan eWallet lain pada ketika itu dengan menawarkan kad virtual dan fizikal, bukan hanya pembayaran berasaskan kod QR. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mengakses tiga jenis rangkaian pembayaran dengan GoPayz iaitu Mastercard, UnionPay dan Visa.



Selain daripada itu, GoPayz juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain kepada pengguna termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans hayat, insurans kereta dan insurans motosikal melalui platform mereka.

Di samping insurans, perkhidmatan lain seperti unit trust, pertukaran mata wang asing, tambah nilai prabayar telco, parkir dan zakat turut ditawarkan GoPayz dalam aplikasi mereka.



Bagaimana untuk dapatkan baki di akaunGoPayz anda?

GoPayz menyatakan anda boleh mendapatkan baki di dalam akaun GoPayz anda dengan memohon penutupan akaun. Anda boleh hantarkan permohonan penutupan akaun melalui aplikasi GoPayz atau isikan borang ini dan hantarkannya kepada pihak GoPayz melalui e-mel di [email protected].

Jika penutupan akaun berjaya, baki dalam eWallet akan diproses dan dihantar ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 7 hari.

Untuk pelanggan yang tidak menutup akaun GoPayz mereka sebelum 31 Mac, akaun mereka akan ditutup secara automatik dan jika masih terdapat baki dalam akaun, pelanggan perlu membuat rayuan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menuntut semula wang. Tetapi pilihan ini akan akan tersedia bermula 5 Januari 2026.

Sementarai itu, pengguna GoPayz juga diminta untuk menebus GoPointz mereka sebelum 31 Mac. Selepas tarikh tersebut, semua GoPointz tidak akan boleh ditebus lagi.

Tags: eWalletGopayzu mobile
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

U Mobile akan tamatkan perkhidmatan GoPayz pada 31 Mac

U Mobile akan tamatkan perkhidmatan GoPayz pada 31 Mac

27 January 2025
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN