• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM secara rasmi tamatkan perkhidmatan Streamyx pada 28 Februari 2025

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:22 pm
  • 03/02/2025
  • Komen
TM secara rasmi tamatkan perkhidmatan Streamyx pada 28 Februari 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam masa kira-kira tiga minggu lagi, perkhidmatan Streamyx akan ditamatkan sepenuhnya setelah ia beroperasi hampir 24 tahun. Dalam laman rasmi, TM memberikan notis bahawa perkhidmatan berasaskan kuprum atau copper tersebut akan secara rasmi dihentikan pada 28 Februari 2025.

Pengguna Streamyx juga diingatkan untuk beralih kepada internet berasaskan fiber yang mempunyai kelajuan lebih pantas dan berkualiti. Perkara ini tidaklah mengejutkan kerana TM telah pun berhenti menerima pendaftaran Streamyx sejak tahun 2022 lagi, sebagai sebahagian daripada proses untuk memindahkan penggunanya kepada perkhidmatan fiber.



Perkhidmatan Streamyx juga dilihat tidak lagi relevan untuk penggunaan pada masa kini. Ini kerana, Streamyx menawarkan kelajuan muat turun yang boleh dianggap sangat ketinggalan zaman, hanya sehingga 8Mbps pada harga di antara RM69-RM89 sebulan. Pengguna boleh mendapat kelajuan internet yang lebih pantas dan murah daripada pelan 4G dan 5G

Bukan hanya itu, pelan fiber yang baru turut menawarkan kelajuan 100Mbps pada harga bawah RM100.



Menurut notis di laman web rasmi TM, pihak mereka tidak lagi akan dapat menyelesaikan sebarang masalah dengan rangkaian kuprum Streamyx selepas tarikh 28 Februari 2025. Untuk memastikan capaian internet yang tidak terganggu, pelanggan digalakkan untuk menaik taraf ke pelan jaur lebar fiber Unifi yang menyediakan kelajuan lebih pantas.

TM turut menambah, jika pelanggan tidak berbuat demikian, ia boleh mengakibatkan perkhidmatan Unifi lite atau Streamyx ditamatkan. Jika anda masih menggunakan Streamyx, TM memaklumkan anda boleh pindah ke perkhidmatan fiber dalam masa 14 hari bekerja sekiranya anda berada dalam kawasan dengan infrastruktur fiber sedia ada. Jika tidak, ia akan mengambil masa lebih lama antara 30 hingga 180 hari bekerja.

Pengguna boleh berhijrah ke perkhidatan fiber melalui portal Selfcare atau aplikasi MyUnifi, atau pergi ke Unifi Store berdekatan atau TMPoint. Sebagai alternatif, pengguna juga ada pilihan untuk mendapatkan pelan jalur lebar 5G. Pada ketika ini, TM menawarkan internet 5G tanpa had melalui pelan Unifi Air 5G pada harga RM149 sebulan. Ia juga akan datang bersama router WiFi 6.

Seperti yang diumumkan TM pada tahun 2022, mereka menyasarkan untuk memindahkan semua pengguna Streamyx kepada perkhidmatan fiber Unifi menjelang tahun 2025. Setakat suku ke-4 tahun 2021, baki pelanggan Streamyx yang tinggal adalah 278,000, iaitu pengurangan sebanyak 50% daripada suku ke-4 tahun 2020 pada 557,000 pelanggan.

Menurut laporan suku ke-3 tahun 2024 TM, mereka buat masa ini ada lebih 3.1 juta pelanggan Unifi Home Broadband.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Broadbandstreamyxstreamyx malaysiaTM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TM secara rasmi tamatkan perkhidmatan Streamyx pada 28 Februari 2025

TM secara rasmi tamatkan perkhidmatan Streamyx pada 28 Februari 2025

3 February 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER