• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua stesen MRT Laluan Kajang kini sokong pembelian token menggunakan kad kredit/debit

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:19 pm
  • 05/02/2025
  • Komen
MRT kini terima pembayaran kad kredit/debit, termasuk Apple Pay & Google Pay untuk beli token
Share on FacebookShare on Twitter

Pada pertengahan Januari, kami ada melaporkan bahawa MRT telah menerima pembayaran kad kredit dan debit untuk pembelian token di dua stesen MRT Laluan Kajang, iaitu MRT Bukit Bintang dan Tun Razak Exchange. Kini, sokongan pembayaran tersebut telah diperluas ke semua stesen MRT Laluan Kajang.

Perkara ini dimaklumkan oleh Coherent+, iaitu syarikat yang menyediakan terminal kad pembayaran tanpa tunai di stesen-stesen MRT tersebut. Menurut Coherent+, mereka telah memasang terminal kad “Jellies Series” di mesin token (TVM) dan mesin tambah nilai (AVM) di semua stesen MRT Laluan Kajang.



Dengan adanya terminal kad ini, ia akan menawarkan pengalaman yang lebih lancar untuk pengguna MRT membeli token dan menambah nilai kad Touch ‘n Go. Malah, terminal kad ini turut menyokong pembayaran Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay.

Langkah untuk beralih kepada sistem pembayaran terbuka ini dilihat sebagai usaha kerajaan menghapuskan monopoli Touch ‘n Go bagi transaksi tanpa tunai di pengangkutan awam.



KL MRT now accepts Apple Pay and Samsung Pay for token payments. #mrt #creditcard #debitcard #rapidkl #applepay #samsungpay #googlepay pic.twitter.com/d8Pz5scB56

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) January 13, 2025

Walaupun pembelian token menjadi lebih mudah dengan adanya terminal kad ini untuk pembayaran tanpa tunai, ia masih memerlukan pengguna beratur untuk membeli token. Adalah lebih mudah jikalau pengguna MRT boleh tap masuk dan keluar terus menggunakan kad di autogate. Selain tidak memerlukan pengguna untuk beratur, pengguna dapat nikmati tambang tanpa tunai lagi murah.

Sebagai alternatif, pengguna boleh terus menggunakan kad TNG dan tambah nilai menggunakan mesin AVM yang kini menerima pembayaran kad kredit dan debit. Untuk makluman anda, KTM Komuter telah melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai sepenuhnya dan memasang terminal kad pembayaran tanpa tunai ters di autogate.

Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada terminal kad pembayaran tanpa tunai ini akan diperluaskan di MRT Laluan Putrajaya ataupun di laluan LRT. Terdahulu, Rapid KL pernah menjalankan ujian pembayaran tanpa sentuh dengan memasangkan terminal kad MyDebit di autogate di stesen LRT terpilih hampir lima tahun lalu, tetapi tidak pernah dilaksanakan sehingga kini.

Kalau anda bercadang untuk menaiki pengangkutan awam untuk jangka masa pendek, Rapid KL ada menyediakan MyCity Pass bermula pada harga RM6 sehari untuk perjalanan tanpa had seluruh rangkaian MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas Rapid KL.

Untuk mereka yang selalu menggunakan pengangkutan awam, pas My50 menyediakan perjalanan tanpa had. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga ada mendedahkan pengguna pas tanpa had My50 akan beralih daripada penggunaan MyKad sebagai satu-satunya kaedah pembayaran, yang mungkin termasuk pembayaran menggunakan kad TNG atau kod QR.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
MRT kini terima pembayaran kad kredit/debit, termasuk Apple Pay & Google Pay untuk beli token

Semua stesen MRT Laluan Kajang kini sokong pembelian token menggunakan kad kredit/debit

5 February 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN