• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenfone 12 Ultra: Diperkasa Snapdragon 8 Elite, skrin 144Hz dan penstabilan gimbal lebih baik

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:44 pm
  • 06/02/2025
  • Komen
Asus Zenfone 12 Ultra: Diperkasa Snapdragon 8 Elite, skrin 144Hz dan penstabilan gimbal lebih baik
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah mengumumkan Zenfone 12 Ultra, telefon flagship terbaharu mereka yang merupakan pengganti kepada Zenfone 11 Ultra yang dilancar pada Mac tahun lalu. Sama seperti generasi sebelumnya, Zenfone 12 Ultra diperkenal dalam satu model dan ia boleh dilihat sebagai versi bukan gaming kepada ROG Phone 9.

Hal ini kerana, Zenfone 12 Ultra memperagakan saiz paparan 6.78″ serta menggunakan cip Snapdragon 8 Elite yang sama, tidak seperti Zenfone 10, 8 dan 10 yang merupakan telefon flagship bersaiz kompak.



Selain daripada cip baharu, terdapat juga beberapa pembaharuan yang Asus dah bawakan pada Zenfone 12 Ultra berbading generasi sebelumnya. Ini termasuk sistem kamera dengan penstabilan lebih baik dan fungsi AI yang lebih lengkap.

Spesifikasi Zenfone 12 Ultra

Bermula di bahagian hadapan, Zenfone 12 Ultra mempunyai skrin AMOLED LTPO sebesar 6.78″, sama seperti generasi sebelumnya. Skrin ini ada resolusi FHD+, sokong kadar penyegaran 1-120Hz untuk penggunaan biasa dan boleh mencapai 144Hz untuk gaming. Kecerahan puncak yang disokong adalah setinggi 2,500 nits dan kaca Corning Gorilla Victus 2 melapisi di atasnya.



Di dalam, Zenfone 12 Ultra diperkasa cip Snapdragon 8 Elite yang digabungkan bersama RAM LPDDR5X seluas 16GB dan storan UFS 4.0 sebesar 512GB. Ia adalah satu-satunya varian yang ditawarkan, berbeza dengan Zenfone 11 Ultra yang tersedia dalam dua pilihan dengan RAM 12GB dan storan 256GB yang lebih kecil.

Bahagian pengimejan Zenfone 12 Ultra masih terdiri dengan tiga kamera yang mempunyai kiraan megapiksel sama seperti sebelumnya. Namun, berbanding Sony IMX890, kamera utama 50MP pada model baru ini menggunakan sensor Sony Lytia 700 dengan sistem penstabilan gimbal hibrid dengan 6 paksi untuk tangkapan tanpa gegaran.

Lagi dua kamera adalah kamera telefoto 32MP menyokong OIS dengan 3x zum optikal, dan kamera ultralebar 13MP yang ada sudut pandangan seluas 120 darjah. Lubang di atas skrin pula menempatkan sensor 32MP RGBW untuk tangkapan selfie.

Sistem kameranya turut memiliki fungsi AI seperti AI Tracking untuk menjejak dan mengekalkan subjek ditengah-tengah bingkai dalam video. Terdapat juga AI Portrait Video 2.0 yang membantu pengguna menghasilkan video sinematik dengan kesan bokeh yang boleh dilaras dan AI Voice Clarity pula mampu menyingkirkan bunyi persekitaran dan tingkatkan kejelasan suara dalam video.

Selain daripada fungsi AI di kamera, Asus juga memberikan pelbagai fungsi AI lain untuk tingkatkan produktiviti pengguna. Ini termasuk seperti AI Transcript 2.0, AI Article Summary, AI Document Summary dan AI Call Translator 2.0. Malah, Circle to Search juga terdapat di Zenfone 12 Ultra.

Menurut Asus, Zenfone 12 Ultra dikatakan turut menggabungkan pemprosesan AI berasaskan awan dan secara terus dalam peranti. Ini membolehkan pengguna untuk memanfaatkan fungsi AI walaupun ketika tiada internet. Asus juga menyatakan Zenfone 12 Ultra adalah telefon pertama yang mengintegrasikan model bahasa Metta Llma 3 8B untuk keperluan memproses ringkasan teks terus dalam peranti.

Bateri berkapasiti 5,500mAh yang sama di Zenfone 11 Ultra boleh anda jumpai pada Zenfone 12 Ultra dan Asus mendakwa ia mampu berikan masa penggunaan sehingga 26 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas semula pada kuasa 65W melalui USB-C dan terdapat juga pengecasan wayarles Qi 1.3.

Sistem bunyi Zenfone 12 Ultra dikeluarkan oleh speaker stereo berbilang magnet dan terdapat juga jek audio 3.5mm bagi keperluan sambungan audio berwayar. Daripada segi binaan, Zenfone 12 Ultra menggunakan 100% bingkai aluminium yang dikitar semula dan 22% kaca dikitar semula pada skrin hadapannya. Berat telefon ini adalah 220 gram dan ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, pink dan hijau.

Ia juga diiktiraf kalis air dan debu IP68. Sejurus keluar kotak, Zenfone 12 Ultra akan menjalankan Android 15 dan dijamin terima dua kali kemas kini OS.

Harga Asus Zenfone 12 Ultra

Zenfone 12 Ultra dilancarkan di beberapa pasaran seperti Eropah, Taiwan dan Hong Kong. Di pasaran Eropah, Zenfone 12 Ultra dijual pada harga EUR1,100 (~RM5,060). Bagaimanapun, berkemungkinan telefon ini tidak akan memasuki Malaysia, melihat pada telefon Zenfone sebelum ini. Kali terakhir telefon Zenfone yang memasuki Malaysia adalah Zenfone 8 pada tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Asus Zenfone 12 Ultra.

Tags: android 15asusASUS ZenFoneAsus Zenfone 12 Ultrasnapdragon 8 elite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Asus Zenfone 12 Ultra: Diperkasa Snapdragon 8 Elite, skrin 144Hz dan penstabilan gimbal lebih baik

Asus Zenfone 12 Ultra: Diperkasa Snapdragon 8 Elite, skrin 144Hz dan penstabilan gimbal lebih baik

6 February 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER