• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N5 akan dilancar secara global di Singapura pada 20 Februari

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:02 pm
  • 10/02/2025
  • Komen
Oppo Find N5 akan dilancar secara global di Singapura pada 20 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Find N5 bakal membuat kemunculannya sebagai telefon lipat flagship Oppo seterusnya tidak lama lagi. Kini, Oppo telah mengesahkan bahawa Oppo Find N5 akan dilancarkan di peringkat antarabangsa di Singapura pada 20 Februari 2025. Pelancarannya ditetapkan berlangsung pada jam 7 malam waktu Malaysia, dan ia berlaku serentak dengan pelancaran Oppo Find N5 di China.

Kelihatan Oppo juga telah mengaktifkan halaman rasmi berkenaan pelancaran Oppo Find N5 di laman web Oppo Malaysia dan mengutuskan beberapa teaser berkenaan telefon lipat ini di laman Facebook mereka. Ini menandakan Find N5 turut akan menembusi pasaran Malaysia sejurus pengumuman antarabangsanya dibuat di Singapura, sama seperti Find N3 terdahulu.



Setakat ini, tidak banyak perkara yang didedahkan Oppo mengenai spesifikasi Find N5. Tetapi menurut Oppo, ia akan menampilkan rekaan ultra nipis tanpa mengorbankan ciri serta teknologi yang dimilikinya, sambil menggayakan rupa premium. Reka bentuk rasmi Find N5 telah pun didedahkan dan ia kini tidak lagi memiliki lampu flash di bahagian atas kiri, sebaliknya terletak di dalam modul kamera.

Selain itu, teaser yang diutuskan Oppo turut mendedahkan mereka masih meneruskan kerjasama dengan Hasselblad untuk sistem pengimejan Find N5. kelihatan Find N5 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.



Spesifikasi Oppo Find N5

Bagaimanapun, berdasarkan apa yang dikatakan dalam talian, Find N5 akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang memiliki 7 teras, berbanding 8 teras pada versi biasa. Dengan satu teras kurang, cip ini dijangka akan lebih cekap tenaga dan mampu berikan hayat bateri lebih baik, terutamanya untuk telefon lipat nipis.

Cip itu dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan seluas 1TB. Skrin dalaman Find N5 dikatakan adalah sebesar 8-inci jenis LTPO OLED dengan resolusi 2K, manakala paparan luarnya adalah sebesar 6.4-inci. Apabila dalam keadaan terbuka, Find N5 dijatakan akan ada ketebalan hannya 4.2mm, iaitu lebih nipis berbanding telefon lipat paling nipis setakat ini Magic V3 pada 4.3mm.

Untuk kamera, berkemungkinan besar ia akan didatangkan dengan tiga kamera 50MP untuk kamera utama, kamera telefoto dan kamera ultralebarnya. Telefon ini juga disahkan untuk memiliki tahap kekalisan air IPX6, IPX8 dan IPX8. Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Find N5 dijangka adalah sebesar 5,600mAh dan ia menyokong pengecasan 80W USB-C dan 50W wayarles.

Tags: oppooppo findOppo Find N5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find N5 akan dilancar secara global di Singapura pada 20 Februari

Oppo Find N5 akan dilancar secara global di Singapura pada 20 Februari

10 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER