• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Able Mobility secara rasmi lancar bilik pameran Proton e.MAS di Cheras

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:17 am
  • 12/02/2025
  • Komen
Able Mobility secara rasmi lancar bilik pameran Proton e.MAS di Cheras
Share on FacebookShare on Twitter

Bilik pameran Proton e.MAS Cheras kini secara rasmi telah dibuka pada Ahad lalu dan ia adalah lokasi terbaharu untuk anda melihat sendiri Proton e.MAS 7. Pelancarannya disempurnakan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed serta Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

Untuk lebih tepat, bilik pameran Proton e.MAS terbaru ini terletak di Taman Sri Bahtera di Cheras. Ia merupakan bilik pameran Proton keempat Able Mobility Sdn Bhd dan bilik pameran pertama mereka khusus untuk kenderaan elektrik (EV) di bawah jenama Proton e.MAS.



Selain menjadi tempat untuk pelanggan mencuba dan membeli Proton e.MAS 7, lokasi tersebut juga dilengkapi dengan pusat pservis dan juga pengecas DC dengan dua muncung CCS2.

Proton e.MAS 7 kini adalah EV paling popular dalam kalangan pengguna di Malaysia. Menurut data pendaftaran kenderaan terkini dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), e.MAS 7 menduduki tempat pertama sebagai EV yang paling banyak didaftarkan pada Januari 2025, dengan sebanyak 421 unit telah didaftarkan.



Dalam masa kurang dua minggu selepas pelancaran rasminya, tempahan untuk Proton e.MAS 7 telah mencecah 2,500 unit dan Pro-Net telah melanjutkan harga pelancaran istimewa dengan rebat RM4,000 kepada 3,000 lagi pembeli.

Pelanggan yang berminat untuk membelinya masih boleh menikmati harga promosi istimewa RM105,800 untuk model Prime dan RM119,800 untuk model Premium. Perlu diingatkan juga bahawa harga yang dinyatakan tidak termasuk dengan insurans.

Selain itu, pembeli awal Proton e.MAS 7 juga dapat menikmati pakej pelancaran yang memberikan hadiah seperti pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500 dan penyesuai V2L bernilai RM500. Proton e.MAS 7 juga didatangkan dengan internet tanpa had selama 5 tahun, 6 tahun waranti kenderaan perjalanan tanpa had dan 8 tahun/160,000km waranti untuk bateri, motor dan pengawal motor kenderaan.

Able Mobility adalah syarikat di bawah AAPICO, iaitu sebuah kumpulan automotif besar yang tersenarai di bursa saham di Thailand. Di bawah kepimpinan Yeap Swee Chuan, AAPICO telah berjaya menempatkannya sebagai salah satu pengeluar alat ganti automotif OEM terbesar di Thailand. Mereka mempunyai beberapa kilang di Thailand serta di pasaran lain termasuk Malaysia, China dan Portugal.

Untuk pengetahuan anda, AAPICO mempunyai hubungan rapat dengan Proton selepas kedua-dua syarikat itu memeterai perjanjian usaha sama dengan pelaburan sebanyak RM140 juta untuk menghasilkan alat ganti automotif.

Tags: Able Mobility Sdn BhdprotonProton e.MAS Cherasproton emas 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Able Mobility secara rasmi lancar bilik pameran Proton e.MAS di Cheras

Able Mobility secara rasmi lancar bilik pameran Proton e.MAS di Cheras

12 February 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER