BYD Malaysia kini mengesahkan bahawa Denza D9 dilancarkan dalam dua varian di pasaran Malaysia. Harga untuk MPV elektrik premium ini setakat ini masih belum didedahkan, dan maklumat tersebut hanya akan diumumkan pada pelancaran Denza D9 di Malaysia yang akan berlangsung pada 20 Februari 2025.
Denza D9 Advance vs D9 Premium
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview02.jpg?resize=1024%2C586&ssl=1)
Semasa sesi pratonton dengan media baru-baru ini, BYD Malaysia tidak menjelaskan secara terperinci perbezaan antara dua varian yang akan diperkenalkan. BYD hanya mendedahkan prestasi yang kedua-dua MPV ini ada:
Denza D9 Advanced
- Pacuan roda depan (FWD)
- Motor 230kW (308hp) / 360Nm
- 0-100km/j dalam masa 9.5s
- Jarak kembara NEDC 600km
- Jarak kembara WLTP 520km
Denza D9 Premium
- Pacuan semua roda (AWD)
- 270kW (369hp) / 479Nm
- 0-100km/j dalam masa 6.9s
- Jarak kembara NEDC 580km
- Jarak kembara WLTP 480km
Kedua-dua varian Denza D9 akan dimuatkan dengan bateri yang sama, iaitu 103.3kWh jenis BYD Blade LFP. Ia juga didatangkan secara standard dengan pengecasan AC 3-fasa 11kW dan menyokong kelajuan pengecasan DC sehingga 166kW.
Sementara BYD Malaysia tidak menerangkan berkenaan interior yang dimiliki Denza D9, berdasarkan pemerhatian di sesi prantonton dan unit yang dikeluarkan di pasaran lain seperti Singapura dan Thailand, terdapat beberapa berbezaan antara materi yang digunakan pada kedua-dua varian ini.
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview06.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
Kelihatan D9 Advanced menggunakan kerusi dengan kulit Nappa dan siling yang dibalut dengan suede. Manakala, D9 Premium pula menggunakan kerusi berkain upholsteri premium dengan siling fabrik. Walaupun kedua-dua varian D9 ini didatangkan dengan roda 18-inci, unit yang diperlihatkan pada sesi pratonton media menggunakan tayar yang berbeza.
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview09.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview04.jpg?resize=1024%2C618&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview05.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview07.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
D9 Advanced menggunakan tayar Michelin e-Primary 235/60 tetapi varian D9 Premium yang lebih mewah menggunakan tayar Continental PremiumContact C. Cara paling mudah untuk membezakan dua varian ini adalah dengan melihat pada bahagian belakangnya, kerana D9 Premium dilengkapi logo AWD pada bahagian bawah.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan bagi kedua-dua varian, iaitu putih, biru dan hitam. Untuk bahagian interior, BYD Malaysia masih belum mengumumkan warna dan varian yang disediakan. Tetapi unit yang ditunjukkan pada sesi pratonton didatangkan dengan interior berwarna hitam/coklat dan hitam/beige.
Apa yang anda boleh jangkakan di Denza D9?
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview03.jpg?resize=1024%2C594&ssl=1)
Denza D9 mempunyai ruang yang mencukupi untuk memuatkan 7 orang dewasa yang memiliki tinggi 180cm, dan mampu memuatkan 7 beg galas dan 7 luggage bersaiz 20-inci. Ruang but belakangnya adalah seluas 410L dan boleh diperbesarkan kepada 2,310L apabila kerusi baris ketiga dilipat.
Jika anda tertanya sama ada Denza D9 lebih besar berbanding Toyota Alphad ataupun tidak, ini adalah dimensinya:
Denza D9
- Panjang: 5,250mm
- Lebar: 1,960mm
- Tinggi: 1,920mm
- Jarak roda: 3,110mm
Toyota Alphard
- Panjang: 5,010mm
- Lebar: 1,850mm
- Tinggi: 1,950mm
- Jarak roda: 3,000mm
Dengan ukuran tersebut, ya Denza D9 sedikit lebih panjang dan lebar berbanding Toyota Alphard. BYD juga mendakwa bahawa tahap bunyi dalam kabin boleh menjadi serendah 64.6dB ketika bergerak dalam kelajuan 120km/j.
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview11.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
Denza D9 di pasaran Malaysia juga akan didatangkan standard dengan peti sejuk yang boleh dibuka secara automatik dengan menekan satu butang. Bukan setakat itu, peti itu turut boleh digunakan sebagai pemanas kerana menyokong suhu sehingga 50 darjah.
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview16.jpg?resize=1024%2C667&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview17.jpg?resize=1024%2C625&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview15.jpg?resize=1024%2C617&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview19.jpg?resize=1024%2C628&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview18.jpg?resize=1024%2C655&ssl=1)
Selain itu, pengguna boleh mengawal peti sejuk tersebut menggunakan skrin sentuh 5.5-inci. Skrin yang sama juga boleh digunakan untuk melaraskan kerusi serta mengawal aircond, main balik lagu, pintu, tingkap, sunroof, sunshade, lampu ambien dan lampu dalam kereta.
Bercakap mengenai skrin lagi, D9 dimuatkan dengan meter kluster sebesar 10.25-inci dan skrin infotainment 15.6-inci. Terdapat juga sebanyak 14 speaker Dynaudio dan juga pengecas wayarles 50W di konsol tengah.
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview08.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview14.jpg?resize=1024%2C768&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview13.jpg?resize=1024%2C639&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview12.jpg?resize=1024%2C659&ssl=1)
Untuk fungsi keselamatan, D9 dilengkapi dengan 8 beg udara termasuk di bahagian sisi yang meliputi ketiga-tiga barisan tempat duduk serta beg udara di bahagian tengah. Sistem ADAS MPV ini juga menampilkan pelbagai ciri iaitu Cruise Control, Adaptive Cruise Control, Automatic Emergency Braking System, Lane Keeping Assist, Pedestrian Collision Warning dan banyak lagi.
Denza D9 akan bersaing dalam pasaran yang berkembang pesat
![](https://i0.wp.com/bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2025/02/denza-d9-malaysia-preview10.jpg?resize=1024%2C653&ssl=1)
Pasaran MPV elektrik di Malaysia sebelum ini agak suram kerana satu-satunya model yang ada adalah Maxus MIFA 9 yang dilancarkan pada akhir 2023. Tetapi, Disember lalu, Zeekr 009 menembusi pasaran kita dan beberapa bulan akan datang, kita boleh jangkakan ketibaan XPeng X9.
Maka, Denza D9 akan mempunyai saingan dengan sejumlah lagi MPV elektrik lain. Namun, kami berpendapat bahawa Denza D9 mungkin mampu memberi impak pada pasaran Malaysia jika harganya ditawarkan bawah RM300k