• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandang pertama Oppo Find N5: Telefon lipat ultra nipis pertama kalis air IPX9

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:27 pm
  • 14/02/2025
  • Komen
Pandang pertama Oppo Find N5: Telefon lipat ultra nipis pertama kalis air IPX9
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah menjadualkan pelancaran telefon lipat gaya buku mereka seterusnya, Find N5 pada 20 Februari 2025. Menjelang pelancarannya, kami berpeluang untuk melihat peranti yang dikatakan adalah telefon boleh lipat paling nipis ini dengan lebih dekat, dan berikut adalah pandangan ringkas kami mengenainya.

Oppo Find N5 ini ada rekaan yang sangat nipis dan ia mungkin saiz paling ideal bagi mereka yang mahu mencuba telefon pintar lipat. Ini kerana, walaupun adalah telefon lipat, Find N5 masih mengekalkan saiz dan berat yang sama seperti telefon pintar flagship biasa.



Dalam keadaan terlipat, Find N5 hanya berukuran 8.93mm, menjadikannya sedikit lebih tebal berbanding kebanyakan telefon flagship bukan lipat. Untuk lebih jelas, berikut adalah ukuran Find N5 dan pesaingnya yang lain apabila dalam keadaan terlipat:

  • Oppo Find N5 – 8.93mm
  • Honor Magic V3 – 9.2mm
  • Huawei Mate X6 – 9.9mm
  • Samsung Galaxy Z Fold 6 – 12.2mm
  • Huawei Mate XT – 12.8mm

Mungkin Find N5 tidaklah senipis Huawei Mate XT yang berukuran 3.6mm dalam keadaan lipatannya dibuka. Tetapi, mungkin ada yang berpendapat bahawa ketebalan ketika dlipat lebih penting kerana kebanyakan masa telefon memang akan berada dalam keadaan dilipat dalam poket.



Disebabkan Oppo Find N5 sangat nipis, lubang USB-C untuk mengecas juga hanya muat cukup-cukup sahaja di bawah telefon.

Menurut Ketua Pegawai Produk Oppo, Pete Lau, rekaan ultra nipis ini dapat dicapai dengan penggunaan Titanium Flexion Hinge. Dikatakan yang engsel ini 26% lagi nipis berbanding sebelum ini dan 2.2x lagi kukuh. Semasa dalam tangan, mekanisme engselnya memang terasa lancar untuk dibuka tutup dan anda boleh melipatnya dengan mudah pada sebarang sudut.

Selain itu, Pete juga mengesahkan bahawa Oppo Find N5 kalis air IPX6, IPX8 dan IPX9. Ini menjadikannya telefon lipat pertama yang diiktiraf IPX9, bermaksud ia telah diuji untuk tahan tembakan air tekanan tinggi.

Macam Find N3 dan Find N2 sebelumnya, paparan luaran Find N5 masih memiliki saiz dan nisbah yang ideal, menawarkan pengalaman seakan menggunakan skrin di telefon biasa. Sementara itu, skrin dalamannya kini nampak sedikit lebih besar dan ada kesan lipat yang lagi kurang ketara berbanding model terdahulu.

Speskulasi sebelum ini juga mengatakan bahawa Find N5 adalah telefon pertama yang akan diperkasa cip Snapdragon 8 Elite yang mempunyai 7 teras. Walaupun ada rekaan ultra nipis, Find N5 juga dikatakan akan dilengkapi dengan sokongan pengecasan wayarles 50W.

Telefon lipat terbaharu Oppo akan ditawarkan dalam dua warna, iaitu putih dan hitam. Model berwarna hitam mempunyai sisi dengan kemasan matte, manakala warna putih akan menerima bingkai logam berkilat.

Majlis pelancaran global Oppo Find N5 akan mengambil tempat di Singapura pada 20 Februari 2025. Ia akan berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia. Nantikan butiran penuh peranti ini dan harganya di Malaysia dalam masa beberapa hari lagi.

Tags: Find N5oppoOppo Find N5Oppo Find N5 MalaysiaOPPO Malaysiatelefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pandang pertama Oppo Find N5: Telefon lipat ultra nipis pertama kalis air IPX9

Pandang pertama Oppo Find N5: Telefon lipat ultra nipis pertama kalis air IPX9

14 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER