• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJ perbaharui aplikasi JPJeBid untuk bidaan nombor plat, kini dalam fasa ujian rintis

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:46 pm
  • 17/02/2025
  • Komen
JPJ perbaharui aplikasi JPJeBid untuk bidaan nombor plat, kini dalam fasa ujian rintis
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan aplikasi JPJeBid Mobile, iaitu saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran selain daripada portal JPJ eBid sedia ada. Aplikasi ini akan diperkenalkan secara ujian rintis mulai esok, 18 Februari 2025. Tujuannya adalah untuk menyediakan platform lebih kukuh dan cekap bagi menangani isu aksesibiliti terhad sistem JPJeBid sedia ada.

Aplikasi JPJeBid ini boleh dimuat turut melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Pengguna boleh log masuk menggunakan akaun JPJeBid sedia ada. Sewaktu ujian rintis dijalankan, pengguna masih boleh melakukan bidaan nombor pendaftaran kenderaan menggunakan portal JPJ eBid.



Menurut JPJ, aplikasi baharu ini akan menawarkan pengalaman lebih lancar dan mesra pengguna, serta dilengkapi antara muka yang lebih intuitif. Lagi perkara baharu yang dibawakan termasuk ciri-ciri personalisasi seperti membolehkan pengguna memuat naik gambar profil dan juga notifikasi secara mingguan berkenaan siri nombor pendaftaran kenderaan akan datang.

Untuk memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, JPJ akan menjalankan kaji selidik secara dalam talian menggunakan aplikasi JPJeBid ini. Notifikasi berkenaan kaji selidik akan dihantar ke dalam peti masuk akaun pengguna secara berperingkat, bermula 18 Februari 2025. JPJ mengatakan maklum balas daripada pengguna dalam tempoh ujian rintis ini penting bagi tujuan penambahbaikan.



Namun, perlu untuk dinyatakan bahawa aplikasi JPJeBid hanya menerima pembayaran kad kredit dan debit termasuk Visa, Mastercard dan AMEX untuk proses bidaan. Hanya satu kad sahaja yang dibenarkan untuk setiap transaksi, bermakna sekiranya anda membuat beberapa bidaan, anda perlu menggunakan kad yang berbeza.

Kesimpulannya, aplikasi JPJeBid ini adalah versi 1.0 yang telah diperbaharui kepada versi 2.0. Aplikasi JPJ eBid versi 1.0 telah dikeluarkan pada April 2019 dan menerima kemas kini kecil sehingga Mei 2021. Kemas kini versi 2.0 JPJeBid ini baru sahaja dilakukan pada 14 Februari 2025 untuk Android dan 17 Februari 2025 untuk iOS.

JPJ juga buat masa ini sudah mempunyai empat aplikasi dan ini termasuk MyJPJ, JPJeQ, JPJeBid dan JPJeHadir.

Tags: aplikasi JPJeBidjabatan pengangkutan jalanJPJJPJeBidnombor pendaftaran kereta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
JPJ perbaharui aplikasi JPJeBid untuk bidaan nombor plat, kini dalam fasa ujian rintis

JPJ perbaharui aplikasi JPJeBid untuk bidaan nombor plat, kini dalam fasa ujian rintis

17 February 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER