• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan siri Nothing Phone (3a) tertiris, tampil dengan tiga kamera dan butang baru

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:18 pm
  • 21/02/2025
  • Komen
Rekaan siri Nothing Phone (3a) tertiris,  tampil dengan tiga kamera dan butang baru
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing Phone (3a) akan dilancarkan tidak lama lagi pada 4 Mac 2025. Semakin kita mendekati ke tarikh pelancarannya, kini rekaan siri Phone (3a) telah tertiris dalam talian, sekali gus mendedahkan rupa penuh dan beberapa maklumat lain pada telefon yang bakal dilancarkan.

Menurut sumber, siri Phone (3a) akan didatangkan dalam dua model, Phone (3a) dan Phone (3a) Pro. Melihat pada imej yang diberikan, kedua-dua model masih dilengkapi panel belakang lutsinar dengan reka bentuk litar belakang yang sedikit berbeza dan lampu LED Glyph yang sama dengan Phone (2a).



Kiri Nothing Phone (3a), kanan Nothing Phone (3a) Pro

Namun, perbezaan utama pada kedua-dua model terletak pada susunan modul kamera. Phone (3a) menggunakan susunan kamera mendatar yang terdiri daripada dua kamera berbentuk pil dan satu lensa, manakala Phone (3a) Pro pula dilengkapi dengan tiga modul kamera yang diletakkan berasingan, mungkin merangkumi kamera telefoto periskop.

Kelihatan terdapat butang kawalan kelantangan suaran di sebelah kiri telefon dan dua butang di sebelah kanan. Salah satunya pasti butang kuasa, manakala satu lagi kemungkinan besar adalah butang kamera, berdasarkan khabar angin dalam talian.



Kiri Nothing Phone (3a), kanan Nothing Phone (3a) Pro

Di hadapan, kedua-duanya tampil dengan bezel skrin sekata pada semua sisi dan lubang kamera selfie ditengah-tengah. Pilihan warna yang ditawarkan juga adalah berbeza, iaitu hitam dan putih untuk Phone (3a) dan hitam dan perak untuk Phone (3a) Pro.

Spesifikasi Phone (3a) dan Phone (3a) Pro

Nothing Phone (3a)

Berkenaan spesifikasi, dijangka Phone (3a) dan Phone (3a) Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3. Tetapi Phone (3a) ditawarkan dalam dua varian RAM 8GB/128GB dan storan 128GB/256GB, manakala versi Pro pula ditawarkan satu varian RAM 12GB dan storan 256GB.

Sistem kamera belakang dikatakan adalah sama pada kedua model. Kedua-duanya menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera telefoto 50MP, cuma perbezaannya adalah sensor telefoto yang digunakan. Model Pro menyokong zum optikal 3x dan zum digital 60x, sementara model bukan Pro menyokong zum optikal 2x dan zum digital 30x.

Phone (3a)
Phone (3a) Pro

Sensor kamera depan juga berbeza, di mana model Pro menggunakan kamera selfie 50MP dan model bukan Pro pula kamera 32MP.

Dilaporkan kedua-dua telefon juga berkongsi paparan yang sama, iaitu AMOLED 6.77-inci beresolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits dan dilindungi kaca Panda Glass. Ia mempunyai bateri 5,000mAh, sokong WiFi 6, Bluetooth 5.4 dan akan didatatangkan dengan Android 15 sejurus keluar kotak.

Tentunya maklumat yang diperoleh setakat ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, nantikan pelancaran Phone (3a) yang akan berlangsung pada Mac 4 2025.

[Sumber: Android Headlines]

Tags: Nothingnothing phoneNothing Phone (3a) ProNothing Phone 3aSiri Nothing Phone (3a)
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Rekaan siri Nothing Phone (3a) tertiris,  tampil dengan tiga kamera dan butang baru

Rekaan siri Nothing Phone (3a) tertiris, tampil dengan tiga kamera dan butang baru

21 February 2025
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN