Apple telah mengumumkan akses pertama kepada iOS 18.4 Beta kini telah dibuka untuk pembangun perisian mengujinya. Kemas kini iOS terbaru ini akan membawakan beberapa perubahan, termasuk antara muka Apple CarPlay yang ditambah baik, fungsi Apple Intelligence lebih banyak dan Ambient Music.
Apple CarPlay kini paparkan tiga baris aplikasi


iOS 18.4 kini hadir dengan antara muka Apple CarPlay yang memaparkan tiga baris aplikasi berbanding dua sebelum ini. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna di forum MacRumors, dan ini bermaksud anda kini boleh mengakses lebih banyak aplikasi tanpa perlu secara kerap menatal ke untuk halaman lain.
Namun, perubahan ini tidak terpakai pada semua kereta dan hanya akan terpakai pada kereta dengan paparan infotainment besar. Ini kerana, terdapat pengguna yang berkongsikan tangkap layar antara muka Apple CarPlay dengan tiga baris aplikasi pada infotainment kereta Toyota Tundra yang dilengkapi dengan skrin 14-inci.
Sementara itu, mereka di MacRumors juga mencuba untuk memasangkan Apple CarPlay pada skrin 9-inci di Honda Civic dan ia hanny menunjukkan dua baris aplikasi.
Apple Intelligence sokong Priority Notifications dan Sketch Style di Image Playground

Kemas kini iOS 18.4 Beta juga akan menyaksikan ketibaan Priority Notifications, iaitu sebahagian daripada Apple Intelligence. Ia akan menggunakan AI untuk menapis notifikasi penting dan memaparkannya teratas dalam dalam bahagian yang diasingkan.
Fungsi Priority Notification ini tidak akan dihidupkan secara default. Ia boleh dihidupkan dengan pergi ke Settings > Notifications > Prioritise Notifications dan tekan butang toggle untuk hidupkan.
Lagi ciri baru pada Apple Intelligence adalah Image Playground akan ditambah dengan fungsi Sketch Style, menyertai dua lagi gaya iaitu Animation dan Illustration sedia ada. Untuk pengetahuan anda, Sketch Style sebenarnya tersedia
Apple Intelligence sokong lebih banyak bahasa

Apple Intelligence juga menyokong lebih banyak bahasa pada iOS 18.4 Beta. Ini termasuk bahasa Chinese (Simplified), Perancis, Jerman, Itali, Korea, Portugis (Brazil) dan Sepanyol. Tambahan pula, bahasa Inggeris Singapura dan India juga akan disokong pada kemas kini perisian terbaru.
Terdapat juga ruang resipi baharu, iaitu News+ Food yang akan ditambah pada aplikasi News Apple. Dikatakan ia akan menawarkan puluhan ribu resipi, dengan menyediakan tips pemakanan sihat dan banyak lagi.
Penambahan ciri Ambient Music
Akhir sekali, iOS 18.4 Beta menampilkan ciri baharu yang dikenali sebagai Ambient Music. Ia didatangkan dalam empat kategori bunyi termasuk untuk tidur, santai, kerja dan kesihatan, dengan anda boleh menambahnya ke Control Centre. Untuk memainkan Ambient Music, anda boleh tekan salah satu kategori di Control Centre dan muzik akan dimainkan berdasarkan kategori yang dipilih.
Sementara anda tidak boleh pilih lagu yang dimainkan daripada Control Centre, anda boleh tap Dynamic Island di atas untuk akses widget Now Playing yang akan membenarkan anda untuk langkau lagu atau lihat musik yang sedang dimainkan.
[Sumber: SoyaCincau]