• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 15 Ultra didedahkan ada kamera telefoto 200MP, akan dijual di Malaysia pada 2 Mac

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:00 pm
  • 25/02/2025
  • Komen
Xiaomi 15 Ultra didedahkan ada kamera telefoto 200MP, akan dijual di Malaysia pada 2 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi sedang bersiap sedia untuk melancarkan peranti flagship terbaru mereka dalam siri Xiaomi 15, iaitu Xiaomi 15 Ultra di China pada 27 Februari 2025. Pelancaran global siri Xiaomi 15 juga telah ditetapkan akan berlangsung di acara MWC di Barcelona yang akan diadakan mulai 3 Mac ini.

Walaupun tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh Xiaomi, nampaknya Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, memandangkan halaman kedua-dua produk tersebut telah diwujudkan di stor Shopee Xiaomi Malaysia.



Xiaomi 15 Ultra akan dijual di Malaysia pada Ahad ini

Berdasarkan apa yang dinyatakan di penyenaraian tersebut, Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra akan tersedia untuk dibeli di Malaysia pada Ahad, 2 Mac bermula jam 10.30 malam, sejurus selepas pelancarannya di pentas antarabangsa yang berlaku pada jam 9 malam.

Maklumat mengenai konfigurasi yang ditawarkan masih belum ada, tetapi kedua-dua peranti disenaraikan di halaman tersebut dalam tiga pilihan warna dan terdapat dua varian untuk Xiaomi 15 dan satu varian untuk Xiaomi 15 Ultra. Berkemungkinan ia adalah storan sama yang ditawarkan pada generasi sebelum ini.



Apa yang anda boleh jangkakan pada Xiaomi 15 Ultra?

Spesifikasi Xiaomi 15 telah pun diketahui kerana telah pun dilancarkan di China pada hujung Oktober tahun lalu. Tetapi bagi Xiaomi 15 Ultra, ia akan menampilkan sistem kuadkamera Leica dengan modul kamera besar sama seperti sebelum ini. Kamera utamanya menggunakan sensor sebesar 1-inci 50MP, manakala kamera telefoto pula kini dinaik taraf dengan resolusi 200MP menggunakan sensor 1/14″.

Kamera telefoto periskop ini juga dikatakan mampu menawarkan keupayaan zum lossless 200mm dan 400mm, selain menjanjikan prestasi tangkapan gambar malam baik melalui apertur f/2.6 yang dimilikinya. Lagi dua kamera yang ada adalah kamera telefoto kedua 50MP dan kamera ultralebar 50MP.

Selain itu, kamera juga dikatakan akan menampilkan kaca pantulan ultra rendah Leica yang bukan sahaja meningkatkan kualiti imej, tetapi juga menawarkan tahap perlindungan 82.4% lebih tinggi.

Melalui poster pelancarannya di China, Xiaomi 15 Ultra akan ditawarkan dalam kemasan dua tona berwarna hitam dan perak, selain warna hitam dan putih biasa. Warna dua tona ini dikatakan diinspirasi daripada kamera klasik dan menampilkan lencara “Ultra” pada atas kanan telefon.

Xiaomi 15 Ultra dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, sama seperti peranti siri Xiaomi yang lain. Setakat ini, maklumat berkenaan harga Xiaomi 15 Ultra masih lagi belum diketahui, tetapi melihat pada generasi sebelum ini, berkemungkinan harganya akan melebihi paras RM5,000.

Sebagai perbadingan, Xiaomi 14 Ultra dan Xiaomi 13 Ultra dilancarkan pada harga RM5,199 untuk RAM 16GB dan storan 512GB. Nantikan maklumat lanjut berknaan Xiaomi 15 Ultra apabila ia memasuki pasaran Malaysia pada Ahad ini.

Tags: siri Xiaomi 15xiaomixiaomi 15Xiaomi 15 Ultraxiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi 15 Ultra didedahkan ada kamera telefoto 200MP, akan dijual di Malaysia pada 2 Mac

Xiaomi 15 Ultra didedahkan ada kamera telefoto 200MP, akan dijual di Malaysia pada 2 Mac

25 February 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN