• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 9 FE, telefon gaming mampu milik Asus akan dilancar di Malaysia pada 19 Mac

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:28 pm
  • 10/03/2025
  • Komen
ROG Phone 9 FE, telefon gaming mampu milik Asus akan dilancar di Malaysia pada 19 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Phone 9 FE telah membuat kemunculannya di pasaran Thailand pada awal Februari lepas. Kini, nampaknya telefon gaming Asus lebih mampu milik itu akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi, setelah Asus mula menyiarkan poster pelancaran ROG Phone 9 FE di halaman Facebook dan laman web rasmi Asus ROG Malaysia.

Menurut poster tersebut, ROG Phone 9 FE akan dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan, hari Rabu, 19 Mac 2025, iaitu sebulan lebih selepas pelancarannya di negara jiran, Thailand. Ketibaannya ke pasaran Malaysia sudah boleh dijangka memandangkan ROG Phone 9 FE telah pun tersenerai di pengkalan data SIRIM sejak Januari.



Maklumat berkenaan harga ROG Phone 9 FE di Malaysia setakat ini masih lagi tandus. Tetapi di Thailand, ROG Phone 9 FE dijual pada harga THB 29,990 (~RM3,938) untuk satu-satunya varian dengan RAM 16GB dan storan 256GB.

Sebagai perbandingan, ROG Phone 9 dijual di Malaysia pada harga RM3,999 untuk varian RAM 12GB dan storan 256GB, manakala versi Pro pula berharga RM4,999 dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Oleh kerana harga ROG Phone 9 di pasaran kita lebih murah berbanding Thailand, kita boleh jangkakan versi FE ini akan dijual di Malaysia sekitar RM3,600.



Berikut adalah harga ROG Phone 9 Pro dan ROG Phone 9 Pro Edition di Thailand:

  • ROG Phone 9 Pro (RAM 16GB + storan 512GB) – THB 39,990 (~RM5,256)
  • ROG Phone 9 Pro Edition (RAM 24GB + storan 1TB) – THB 49,990 (~RM6,573).

Spesifikasi ROG Phone 9 FE

Untuk imbas kembali, ROG Phone 9 FE masih mengekalkan rekaan yang hampir sama dengan ROG Phone 9. Ia menggunakan paparan AMOLED 6.78-inci dengan resolusi FHD+, sokong kadar penyegaran sehingga 185Hz dan kecerahan puncak mencecah 2,500 nits.

Atas papan utama, versi FE ROG Phone 9 diperkasa cip flagship dua tahun lepas, iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Cip itu dipadankan dengan RAM LPDDR5X seluas 16GB dan storan UFS 4.0 sebesar 256GB. Seperti telefon ROG Phone 9 lain, versi FE ini juga dilengkapi butang bahu Air Triggers dan anda ada pilihan untuk menambah kipas penyejuk AeroActive Cooler X Pro atau alat kawalan ROG Tessen.

Sistem kamera yang digunakan adalah sama seperti ROG Phone 9 biasa, iaitu kamera utama 50MP, kamera ultralebar 5MP dan kamera hadapan 32MP.

Membekalkan tenaga adalah bateri berkapasiti 5,500mAh, sedikit lebih kecil dari 5,800mAh yang terdapat di versi bukan FE. Tetapi pengecasan yang disokong adalah sama, iaitu 65W USB-C dan juga pengecasan wayarles 15W. Seperti varian asas ROG Phone 9, lampu AniMe Vision dengan 341 LED juga ada di ROG Phone 9 FE.

ROG Phone 9 FE juga diiktiraf kalis air dan debu IP68, dan sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan Android 15 yang diselaputi dengan ROG UI.

Tags: asusasus malaysiaASUS ROGROG Phone 9ROG Phone 9 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ROG Phone 9 FE, telefon gaming mampu milik Asus akan dilancar di Malaysia pada 19 Mac

ROG Phone 9 FE, telefon gaming mampu milik Asus akan dilancar di Malaysia pada 19 Mac

10 March 2025
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN