• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Neo 10R diperkenal dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bateri 6,400mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:27 pm
  • 12/03/2025
  • Komen
iQoo Neo 10R diperkenal dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bateri 6,400mAh
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo, jenama gaming di bawah Vivo telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu iQoo Neo 10R di pasaran India. Ia merupakan telefon pintar mampu miliki bertaraf flagship yang hadir dengan spesifikasi menarik termasuk cip flagship Qualcomm, skrin pantas dan kapasiti bateri gergasi.

Harga iQoo Neo 10R di India

Di India, iQoo Neo 10R ditawarkan dalam tiga pilihan RAM dan storan dan berikut adalah harga jualannya:



  • iQoo Neo 10R (RAM 8GB dan storan 128GB) – INR27,000 (
  • iQoo Neo 10R (RAM 8GB dan storan 256GB) – INR29,000 (
  • iQoo Neo 10R (RAM 12GB dan storan 256GB) – INR31,000 (

Tiada maklumat tentang ketersediaan iQoo Neo 10R ini di pasaran lain selain India setakat ini. Oleh kerana telefon Neo iQoo tidak pernah memasuki pasaran Malaysia, berkemungkinan telefon ini juga tidak akan membuat ditawarkan di pasaran kita kelak.

Spesifikasi iQoo Neo 10R

iQoo Neo 10R dilengkapi skrin 6.78″ jenis AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran pantas 144Hz. Kecerahan puncak yang dimiliki panel adalah setinggi 4,500 nits dan ia turut memiliki tahap PWM setinggi 3,840Hz. Melapisi skrinnya adalah kaca Schott Xensation Up dan telefon juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.



Atas papan utama, ia diperkasa cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 256GB dan storan UFS 3.1 128GB atau UFS 4.1 256GB. Telefon ini juga dilengkapi dengan vapor chamber sebesar 6,043mm2 untuk memastikan penyejukan yang efisien.

Sistem kamera iQoo Neo 10R terdiri daripada tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP f/1.79 dengan OIS menggunakan sensor Sony IMX882, kamera ultralebar 8MP f/2.2 dan kamera selfie 32MP f/2.45. Kapasiti baterinya yang dimuatkan sebesar 6,400mAh dan boleh dicas pada kuasa 80W USB-C, selain turut menyokong Bypass Charging.

Terdapat juga fungsi AI seperti AI Photo Enhance, AI Erase, AI Note Assist dan Circle to Search pada telefon. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. iQoo juga menjanjikan telefon terima kemas kini OS sebanyak 3 kali dan kemas kini keselamatan 4 tahun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk iQoo Neo 10R.

Tags: iQooiQoo Neo 10R
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iQoo Neo 10R diperkenal dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bateri 6,400mAh

iQoo Neo 10R diperkenal dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 dan bateri 6,400mAh

12 March 2025
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN