• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go eWallet kini sokong ciri parkir LPR, bayar parkir melalui pengecaman nombor plat

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:37 pm
  • 14/03/2025
  • Komen
Touch ‘n Go eWallet kini sokong ciri parkir LPR, bayar parkir melalui pengecaman nombor plat
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan ciri baharu dalam aplikasi mereka, iaitu parkir LPR atau nama penuhnya “Licensed Plate Recognition”. Ciri ini membolehkan anda untuk memasuki kawasan parkir dan keluar dengan mudah, tanpa perlu membuka tingkap untuk membuat pembayaran.

Apabila memasuki kawasan parkir yang menawarkan ciri parkir LPR ini, sistem akan secara automatik mengimbas nombor plat kenderaan anda, kemudian bayaran parkir akan dikira dan ditolak menggunakan baki TnG eWallet anda. Anda juga akan terima notifikasi sewaktu memasuki kawasan parkir dan selepas pembayaran ditolak dalam eWallet anda.



Walaupun sebenarnya sudah ada kawasan parkir yang menggunakan kaedah pengecaman nombor plat, ciri LPR adalah lebih mudah kerana ia melangkau keperluan untuk anda membuat pembayaran di mesin kiosk ataupun menyentuh kad pada terminal di pintu palang parkir.

Lokasi yang menyokong ciri parkir LPR

Setakat ini, ciri parkir LPR ini hanya disokong adalah terhad, hanya di 12 lokasi merentasi Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak. Tetapi, TnG memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk memperluaskan senarai lokasinya. Untuk lebih jelas, berikut adalah lokasi yang menyokong ciri parkir LPR:



Kuala Lumpur

  • Damansara City Mall (DC MALL)
  • Bukit Tunku, Kuala Lumpur (The Stories)
  • Holiday Inn Express, Jln Raja Chulan
  • Kapas Condominium, Bangsar

Selangor

  • Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang)
  • Setia City Residences, Shah Alam
  • Kossan Tower, Setia Alam, Shah Alam
  • Tamarind Square, Cyberjaya
  • Ten Kinrara, Puchong
  • Subang Airport, Plot L&H

Penang

  • Lot 710 Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng

Sarawak

  • RAIA Hotel & Convention Centre, Kuching

Cara aktifkan parkir LPR di Touch ‘n Go eWallet

Untuk menggunakan ciri ini, ia perlu diaktifkan terlebih dahulu di dalam aplikasi. Anda boleh temukan ciri ini dengan tekan “More” di bawah tab “My Favourite”, kemudian tekan ciri parkir LPR yang terdapat pada bahagian “Transport”. Seterusnya anda boleh masukkan nombor plat kenderaan anda, dan berdasarkan laman FAQ, anda boleh pautkan sehingga 10 nombor plat kenderaan pada akaun anda.

Tiada baki minimum yang dikenakan untuk menggunakan ciri LPR ini, tetapi TnG menggalakkan anda untuk mempunyai baki eWallet yang mencukupi sebelum keluar bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Jika palang tidak dibuka disebabkan baki yang tidak mencukupi, anda masih boleh membuat pembayaran menggunakan kad TnG anda.

Sekiranya anda dicaj bayaran parkir yang salah melalui ciri parkir LPR ini, anda boleh hubungi talian Touch ‘n Go Careline di +603-2714 8888.

Tags: tngtng ewalletTouch n Gotouch n go digital
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go eWallet kini sokong ciri parkir LPR, bayar parkir melalui pengecaman nombor plat

Touch ‘n Go eWallet kini sokong ciri parkir LPR, bayar parkir melalui pengecaman nombor plat

14 March 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN