• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Focus 2 5G Malaysia: Kamera 108MP, skrin 120Hz, hanya RM899 untuk masa terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:17 pm
  • 17/03/2025
  • Komen
Nubia Focus 2 5G Malaysia: Kamera 108MP, skrin 120Hz, hanya RM899 untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE Malaysia telah mengumumkan kehadiran telefon bajet terbaru mereka di Malaysia, Nubia Focus 2. Ia adalah sekuel kepada Nubia Focus yang diperkenal bulan Jun tahun lalu, dan masih mengekalkan fokus pada fotografi dengan spesifikasi lebih kurang sama. Tetapi, didatangkan dengan rekaan baru, RAM lebih besar dan juga ciri-ciri AI terkini.

Harga dan promosi Nubia Focus 2 di Malaysia

Seperti model sebelumnya, Nubia Focus 2 5G ditawarkan hanya dalam satu varian di Malaysia. Tetapi ia kini mempunyai kapasiti RAM kini lebih besar dan harga jualannya juga meningkat RM200. Berikut adalah harga rasmi Nubia Focus 2 5G di Malaysia:



  • Nubia Focus 2 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM999

Kepada mereka yang berminat, tempahan awal Nubia Focus 2 5G dibuka bermula hari ini, 17 Mac sehingga 26 Mac 2025. Pembeli dalam tempoh tersebut juga akan menerima baucar RM100, menjadikan ia boleh dibeli pada harga RM899 dan jam pintar Black Shark GT3 Neo bernilai RM149, namun stok adalah terhad.

Selain itu, Nubia turut menyatakan pembelian awal akan disertakan dengan kotak hadiah Focus 2. Jika berminat, anda boleh dapatkan Nubia Focus 2 5G secara dalam talian melalui stor rasmi RedMagic di Shopee, atau di outlet fizikal ZTE di Wangsa Walk Mall, IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong.



Anda boleh dapatkan Nubia Focus 2 5G dalam tiga warna, sama ada ungu, hitam dan biru.

Spesifikasi Nubia Focus 2 5G

Selain mendukung rekaan yang lebih baharu, spesifikasi Nubia Focus 2 tidak banyak berubah berbanding generasi sebelumnya. Ia masih diperkasa cip Unisoc T760 6nm dengan sokongan 5G. Cip itu dipadankan dengan RAM lebih besar 8GB yang boleh ditambah secara maya sebanyak 12GB, dengan storan 256GB.

Di bahagian paparan, ia masih dipasangkan panel paparan LCD beresolusi HD 720p berukuran 6.7-inci dan ada kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan puncak paparan mencecah 1,000 nits dan ia turut ada kadar pensampelan sentuh 240Hz. Pengimbas cap jari ada di butang kuasa.

Fokus telefon ini adalah bahahian kameranya. Ia dilengkapi dengan sistem fotografi AI Neovision sama seperti sebelum ini, yang terdiri daripada kamera utama 108MP f/1.75, kamera potret 2MP, tetapi telah ditambah dengan satu lagi kamera AI. Kamera utamanya juga berkemampuan untuk zum lossless 3x.

Kamera selfie pula menggunakan sensor 16MP, naik taraf berbanding 8MP pada model terdahulu. Lubang ini juga boleh diperbesar untuk memaparkan notifikasi dengan lebih menarik melalui fungsi Live Island 2.0.

Berkenaan tenaga, ia disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan 22.5W melalui USB-C. Ia akan menjalankan sistem operasi Android 15 dan dilengkapi fungsi AI baru seperti AI Motion Snapshot, Magic Eraser, Magic Unblur, AI Translate yang berikan sewaktu panggilan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nubia Focus 2 5G.

Tags: NubiaNubia Focus 2Nubia Focus 2 5GNubia MalaysiaZTEZTE Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nubia Focus 2 5G Malaysia: Kamera 108MP, skrin 120Hz, hanya RM899 untuk masa terhad

Nubia Focus 2 5G Malaysia: Kamera 108MP, skrin 120Hz, hanya RM899 untuk masa terhad

17 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER