• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Camon 40 Pro 4G kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM899

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:45 pm
  • 17/03/2025
  • Komen
Tecno Camon 40 Pro 4G kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno telah mengumumkan bahawa telefon terbaru mereka, Camon 40 Pro kini telah memasuki pasaran Malaysia. Telefon ini telah pun dilancarkan Tecno pada acara MWC 2025 lalu, di samping tiga lagi peranti lain dalam siri Camon 40 iaitu Camon 40, Camon 40 Pro 5G dan Camon 40 Premier 5G.

Selain Camon 40 Pro, Camon 40 Pro 5G turut akan dibawa masuk ke Malaysia di kemudian hari.



Harga dan ketersediaan Tecno Camon 40 Pro 4G di Malaysia

Untuk mereka yang berminat, tempahan awal Tecno Camon 40 Pro telah dibuka mulai sekarang sehingga 20 Mac 2025 eksklusif hanya di TikTok Shop Tecno Malaysia. Ia ditawarkan dalam satu varian pada harga seperti berikut:

  • Tecno Camon 40 Pro (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM899

Pelancaran rasminya di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mac 2025.



Spesifikasi Tecno Camon 40 Pro 4G

Daripada segi spesifikasi, Tecno Camon 40 Pro 4G dijana oleh cip MediaTek Helio G100 Ultimate 4G yang digabungkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia dipasangkan dengan paparan melengkung jenis AMOLED beresolusi FHD+ 2436 x 1080 dan sokong kadar penyegaran 120Hz.

Untuk kamera,anda akan terima kamera utama 50MP f/1.9 OIS menggunakan sensor Sony LYT-701 dan kamera ultralebar 8MP, manakala di hadapan, lubang di atas skrin menempatkan kamera selfie 50MP. Ia juga didatangkan dengan butang khusus untuk aktifkan kamera dan pembantu AI di sisi.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,200mAh dan boleh dicas pada kuasa 45W melalui USB-C. Pengimbas cap jari terdapat di dalam skrin dan untuk perlindungan, skrinnya dilapisi dengan kaca Corning Gorilla 7i dan telefon juga diiktiraf untuk ada tahap kalis air dan debu IP68/IP69.

Telefon turut menyokong ciri ketersambungan seperti NFC, WiFi 5 dan Bluetooth 5.0. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi HiOS 15 berasaskan Android 15.

Tags: tecnoTecno Camon 40Tecno Camon 40 Protecno malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno Camon 40 Pro 4G kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM899

Tecno Camon 40 Pro 4G kini boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM899

17 March 2025
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN