• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ShopeePay kini ada aplikasi tersendiri, tiada caj tambah nilai kad kredit

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:06 pm
  • 20/03/2025
  • Komen
ShopeePay kini ada aplikasi tersendiri, tiada caj tambah nilai kad kredit
Share on FacebookShare on Twitter

ShopeePay telah melancarkan aplikasi khusus untuk dompet digital ShopeePay. Aplikasi baharu ini dikatakan lebih ringan, pantas dan mudah untuk digunakan, serta direka untuk memudahkan pembayaran di kedai fizikal. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti pembayaran bil dan insurans.

Aplikasi ShopeePay ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store. Sementara ia adalah aplikasi berasingan daripada Shopee, pengguna masih boleh log masuk menggunakan butiran yang sama dan memperoleh akses kemudahan eWallet dan SPayLater. Buat pengguna baru, anda boleh mencipta akaun ShopeePay baru menggunakan nombor telefon.



Untuk tahap keselamatan yang lebih baik, aplikasi Shopee Pay ini juga telah menggabungkan pengesahan dua faktor 2FA dan Tap Secure untuk memastikan setiap transaksi disahkan oleh anda.

Selain itu, aplikasi ShopeePay juga menyokong pembayaran DuitNow QR, perpindahan wang DuitNow, serta pembayaran QR di dalam kedai. ShopeePay turut berkongsikan bahawa mereka akan memperkenalkan beberapa ciri baharu dalam aplikasi, termasuk penghantaran wang ke luar negara, ganjaran dan simpanan dan pembelian tiket perjalanan.



Buat masa sekaraing, pengguna ShopeePay boleh membeli insurans kemalangan peribadi, insurans perjalanan, insurans kereta dan motosikal daripada aplikasi dan nikmati faedah 0% menerusi SPayLater. Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta, ShopeePay juga sedang menjalankan promosi menawarkan diskaun 3% dan percuma cukai jalan.

Terdapat juga ciri Money Packet pada aplikasi ShopeePay. Dengannya, anda boleh menghantar wang kepada keluarga atau rakan melalui pautan. Pada ketika ini, Shopee tengah mengadakan promosi pulangan tunai 100% jika anda menghantar Money Packet sekurang-kurangnya RM3 kepada lima rakan atau keluarga.

Untuk layak mendapat pulangan tunai tersebut, kelima-lima rakan dan keluarga perlulah menebus Money Packet melalui aplikasi ShopeePay dalam masa 24 jam.

Menurut laman T&C, setiap pengguna hanya boleh menerima pulangan tunai maksimum RM3, dan ia terhad kepada 612 pengguna setiap hari dan 5,508 jumlah pengguna sepanjang tempoh kempen berjalan, dari 19 Mac sehingga 27 Mac 2025.

Pengguna boleh menambah nilai akaun eWallet ShopeePay melalui pindahan wang DuitNow dan perbankan dalam talian, serta Shopee juga tidak mengenakan sebarang caj untuk tambah nilai menggunakan kad kredit pada ketika ini.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ShopeePay kini ada aplikasi tersendiri, tiada caj tambah nilai kad kredit

ShopeePay kini ada aplikasi tersendiri, tiada caj tambah nilai kad kredit

20 March 2025
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN