• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS 7 Prime terbukti mampu capai jarak WLTP yang didakwa, malah lebih 345km

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:54 pm
  • 21/03/2025
  • Komen
Proton e.MAS 7 Prime terbukti mampu capai jarak WLTP yang didakwa, malah lebih 345km
Share on FacebookShare on Twitter

Proton e.MAS 7 tersedia dalam pasaran Malaysia dalam dua varian. Salah satu daripadanya adalah e.MAS 7 Prime, yang merupakan model asas e.MAS 7. Ia dilengkapi dengan bateri 49.52kWh yang didakwa boleh pergi sejauh 345km berdasarkan piawaian WLTP.

Tetapi, adakah SUV elektrik ini benar-benar mampu capai jarak tersebut dalam dunia sebenar? Jawapannya adalah ya, seperti yang terbukti pada hari Sabtu, 8 Mac lalu.



Pada tarikh tersebut, Pro-Net telah melaksanakan sesi pemanduan EV jarak jauh yang disiarkan secara langsung. Dengan penstriman tersebut berjalan selama lebih daripada 7 jam, Proton adalah jenama EV pertama di Malaysia yang melakukan perkara sebegini.

Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka dan kembali

Perjalanan ujian ini dimulakan di Proton Centre of Excellence (COE) sekitar jam 7:30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan, port pengecasan e.MAS 7 Prime ditampal dengan pita pelekat untuk menunjukkan bahawa ujian EV jarak jauh dengan sekali cas ini dilakukan secara sahih.



Dari Shah Alam, EV ini membawa empat penumpang dewasa sepanjang ujian dan melakukan perjalanan ke R&R Seremban Selatan untuk menukar pemandu dan hos, sebelum meneruskan perjalanan ke pengedar Proton e.MAS Melaka (NHL Auto Tech) di Malim Jaya. Setibanya di sana, siaran langsung beralih sementara ke bilik pameran untuk membuat liputan beberapa aktiviti termasuk penghantaran kenderaan kepada pelanggan.

Sepanjang tempoh itu, e.MAS 7 Prime dibiarkan dalam keadaan hidup di parkir dan beroperasi dengan senyap tanpa sebarang emisi. Setelah masa berhenti tamat, perjalanan diteruskan ke Port Dicskon. Tidak seperti perjalanan sebelumnya yang melibatkan laluan lebuh raya, EV melalui jalan pedalaman di kawasan seperti Sungai Udang, Masjid Tanah dan Pantai Pengkalan Balak sebelum tiba ke PD Waterfront.

Kemudian, e.MAS 7 Prime meneruskan perjalanan merentasi bandar Port Dickson dan lebuh raya PLUS sebelum membuat hentian terakhir di R&R Seremban Utara untuk pertukaran pemandu dan hos. Seterusnya membuat perjalanan balik ke Proton CEO di Shah Alam.

Ia bukan siaran langsung yang mudah

Siaran langsung yang dikendalikan oleh pakar EV dan pengasas bersama SoyaCincau.com, Amin Ashaari ini menyediakan ruang kepada orang ramai bukan sahaja untuk mendapatkan penjelasan mengenai Proton e.MAS 7 Prime, tetapi juga semua aspek penggunaan EV termasuk berkenaan pemilikan, pengalaman memandu dan gaya hidup.

Pada awalnya, siaran langsung ini bermula dengan penjelasan oleh Pegawai Ketua Penjenamaan Pro-Net, iaitu Salawati Mohd Yusoff, di mana beliau menceritakan perkembangan mengenai Proton e.MAS 7 dan apa yang pengguna mahukan pada EV pertama mereka.

Selain daripada itu, pakar produk Pro-Net, David Tiah juga turut serta dalam siaran langsung untuk menjelaskan beberapa aspek teknikal Proton e.MAS 7, termasuk kemas kini perisian akan datang dan penyelenggaraan berjadual.

Lagi individu yang turut serta dalam siaran langsung ini adalah pakar EV dan pengasas bersama SoyaCincau.com, Alexander Wong, yang bercakap mengenai infrastruktur pengecasan EV, cara pemanduan EV yang efisien dan pendapatnya mengenai e.MAS 7.

Ujian ini mengesahkan keupayaan Proton e.MAS 7 Prime

Di hujung perjalanan, e.MAS 7 Prime telah melakukan perjalanan sejauh 353km, iaitu lebih jauh daripada jarak WLTP-nya pada 345km. Pun begitu, EV ini masih mempunyai baki bateri 12% dengan aggaran jarak sekitar 43km yang boleh dilakukan lagi.

Bagi mereka yang tertanya tentang kelajuan purata bawah 60km/j yang mungkin nampak agak perlahan, ini adalah kerana ia dikira berdasarkan keseluruhan jarak yang dilalui dengan masa perjalanan yang diambil. Pengiraannya juga mengambil kira pemanduan di kawasan sesak, jalan bandar atau kampung dan melalui lampu isyarat dan persimpangan.

Hasil ujian jarak jauh e.MAS 7 Prime ini juga tidak dicapai dengan menggunakan teknik pemanduan jimat bahan api atau hypermiling. Selain itu, penyaman udara EV juga dipasang sepanjang masa dengan kelajuan kipas antara 2 hingga 4, dan suhu di antara 23 darjah ke 21 darjah Celsius.

Ujian siaran langsung ini menunjukkan bahawa e.MAS 7 Prime adalah sebuah EV yang sangat efisien. Pastinya ia mampu menempuh jarak jauh dengan pemanduan yang berhemah.

Tags: e.MAS 7 primeEVkenderaan elektrikPro-NetprotonProton e.MASproton e.mas 7proton malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Proton e.MAS 7 Prime terbukti mampu capai jarak WLTP yang didakwa, malah lebih 345km

Proton e.MAS 7 Prime terbukti mampu capai jarak WLTP yang didakwa, malah lebih 345km

21 March 2025
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN