• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 10 kini tersedia di Malaysia dengan diskaun, sokong pembayaran QR TNG eWallet

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:26 pm
  • 25/03/2025
  • Komen
Huawei Band 10 kini tersedia di Malaysia dengan diskaun, sokong pembayaran QR TNG eWallet
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Band 10, gelang pintar terbaru Huawei kini telah secara rasmi tiba ke pasaran Malaysia. Ia bukan sekadar gelang pintar biasa dengan pelbagai ciri kecergasan dan penjejakan tidur, tetapi juga menyokong pembayaran melalui kod QR TNG eWallet terus dari pergelangan tangan anda.

Lebih menarik, terdapat juga promosi yang membolehkan anda memiliki Huawei Band 10 baharu ini pada harga lebih murah.



Harga Huawei Band 10 di Malaysia, diskaun RM46

Ditawarkan dalam dua varian, berikut adalah harga rasmi Huawei Band 10 di Malaysia:

  • Huawei Band 10 (Durable Polymer Case) – RM189
  • Huawei Band 10 (Aluminium Alloy Case) – RM219

Menariknya, pengguna boleh nikmati diskaun RM46 dengan menggunakan kod promo ABAND46 apabila membuat pembelian melalui stor online Huawei Malaysia. Ini bermakna versi Durable Polymer Case boleh didapati pada harga hanya RM143, manakala versi Aluminium Alloy pada harga RM173.



Untuk mendapatkan diskaun RM46 ini, anda perlu memasukkan kod promo di bahagian baucar sewaktu membuat pembayaran. Sesudah kod dimasukkan, jumlah harga sepatutnya akan ditolak dengan diskaun.

Perlu untuk dinyatakan bahawa baucar ini hanya boleh digunakan bermula dari 24 Mac hingga 30 April 2025.

Spesifikasi Huawei Band 10

Huawei Band 10 adalah gelang pintar ringan yang berukuran tebal 8.99mm dan berat 15g (tanpa tali jam). Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED 1,47″ beresoulsi 194X368 dengan kepadatan piksel 282 ppi dan menyokong Always-on-Display (AOD). Huawei turut menyediakan lebih daripada 700 muka jam percuma dan di sebelah kanan, terdapat satu butang fizikal untuk kawalan jam.

Huawei Band 10 turut didatangkan dengan lebih daripada 100 mod sukan dan ciri penjejakan tidur dengan Pro-level Sleep Analysis yang dikuasakan Huawei TruSleep. Ini dapat dicapai melalui sensor IMU 9-paksi, sensor kadar degupan jantung optik dan sensor cahaya ambien yang terdapat pada Huawei Band 10.

Hayat bateri Huawei Band 10 dikatakan boleh bertahan sehingtga 14 hari atau lebih pendek 3 hari dengan fungsi AOD dihidupkan. Ia boleh dicas secara magnetik dan mengecas penuh akan mengambil masa 45 minit. Huawei turut menagatakan cas pantas 5 minit boleh menawarkan masa penggunaan selama 2 hari.

Selain itu, Huawei Band 10 ini turut menyokong kalis air 5 ATM dan serasi untuk digunakan bersama peranti menjalankan Android 9.0 ke atas atau iPhone dengan iOS 13.0 ke atas.

Huawei Band 10 sokong pembayaran kod QR TNG eWallet

Seperkara menarik tentang Huawei Band 10 adalah ia menyokong pembayaran melalui kod QR TNG eWallet. Dengannya, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya memaparkan kod QR untuk diimbas oleh peniaga.

Menurut Huawei, satu akaun TNG eWallet boleh dipautkan kepada maksimum 3 peranti boleh pakai dengan had transaksi tertentu. Fitur ini juga membolehkan pembayaran tanpa tunai untuk peranti boleh pakai kanak-kanak.

Tags: HuaweiHuawei Band 10Huawei Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Huawei Band 10 kini tersedia di Malaysia dengan diskaun, sokong pembayaran QR TNG eWallet

Huawei Band 10 kini tersedia di Malaysia dengan diskaun, sokong pembayaran QR TNG eWallet

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER