• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Pad X9a diumum di Malaysia pada harga RM999, percuma pen stailus dan papan kekunci

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:39 pm
  • 26/03/2025
  • Komen
Honor Pad X9a diumum di Malaysia pada harga RM999, percuma pen stailus dan papan kekunci
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah mengumumkan tablet terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Honor Pad X9a. Ia merupakan tablet berkelas permulaan yang mengekalkan beberapa spesifikasi seperti Honor Pad X9 sebelum ini, tetapi mendukung rekaan lebih baharu dan didatangkan dengan kapasiti bateri lebih besar.

Versi yang baru dilancar ini hanya menyokong WiFi, tetapi Honor turut akan mengumumkan versi LTE pada 10 April nanti.



Harga Honor Pad X9a di Malaysia

Berikut adalah harga jualan versi WiFi Honor Pad X9a:

  • Honor Pad X9a (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM999

Pembeli Honor Pad X9a turut akan menerima sarung papan kekunci, pen stailus Honor Choice Pencil dan 3 bulan langganan IQIYI secara percuma. Jika berminat, anda boleh dapatkan Honor Pad X9a di stor online Honor atau di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Honor Pad X9a

Kuasa penggerak utama Honor Pad X9a adalah cip Snapdragon 685, cip yang sama terdapat pada Honor Pad X9. Cip tersebut dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Sejurus keluar kotak, tablet ini akan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15, yang turut menyokong fungsi Muti-Screen Collaboration untuk interaksi lancar dengan telefon Honor.

Di hadapan, Honor Pad X9a menggunakan paparan 11.5-inci jenis LCD dengan resolusi 1504 x 2508 dan sokong kadar segar semula 120Hz bersama-sama dengan kecerahan puncak 400 nits, dan boleh pergi serendah 2 nits. Skrinnya turut ada cakupan warna penuh sRGB dan diiktiraf TUV Rheinland dalam menghasilkan tahap cahaya biru dengan dan bebas flicker.

Membekalkan tenaga pada tablet adalah bateri berkapasiti 8,300mAh dan ia boleh dicas semula pada kuasa 35W melalui USB-C. Untuk pengimejan, tablet ini dimuatkan dengan kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Bunyi-bunyian pada tablet dikeluarkan empat speaker yang berkelantangan kuat 200%.

Terdapat juga sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 5.1, dengan keseluruhan tablet hanya berukuran 6.7mm dan berat 475g. Honor Pad X9a tersedia dalam satu pilihan warna iaitu kelabu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman spesifikasi Honor Pad X9a.

Tags: honorhonor malaysiaHonor Pad X9atablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad X9a diumum di Malaysia pada harga RM999, percuma pen stailus dan papan kekunci

Honor Pad X9a diumum di Malaysia pada harga RM999, percuma pen stailus dan papan kekunci

26 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER