• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintendo Switch 2: Skrin LCD 120Hz lebih besar & GPU 10x lebih berkuasa, akan tiba ke Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:10 pm
  • 07/04/2025
  • Komen
Nintendo Switch 2: Skrin LCD 120Hz lebih besar & GPU 10x lebih berkuasa, akan tiba ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo telah memperkenalkan konsol permainan mudah alih terbaru mereka, Nintendo Switch 2. Rupa paras konsol ini telah pun didedahkan sejak Januari lalu dengan ia mengekalkan rekaan serupa dengan generasi pertamanya, tetapi kini lebih banyak maklumat mengenainya didedahkan termasuk spesifikasi dan tarikh ketersediaannya di pasaran antarabangsa dan Malaysia.

Harga Nintendo Switch 2, akan tiba di Malaysia

Nintendo Switch 2 akan tersedia di Amerika Syarikat (US) bermula 5 Jun 2025 dan dijual pada harga seperti berikut:



  • Nintendo Switch 2 – USD449.99 (~RM1,989)
  • Nintendo Switch 2 Mario Kart World Bundle – USD 499 (~2,209)

Bagi peminat di Malaysia, berita baiknya Nintendo Switch 2 juga telah disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia, bersama-sama dengan Singapura, Thailand dan Filipina sekitar bulan Julai hingga September, berdasarkan hantaran oleh pengguna X Adrian Tai.

Bagaimanapun, Nintendo dilaporkan telah menangguhkan tarikh tempahan awalnya di pasaran US yang sepatutnya bermula 9 April, disebabkan oleh tarif baharu yang diumumkan ke atas barangan import oleh US. Menurut laporan Sinar Daily, Nintendo memerlukan masa untuk menilai pontesi kesan tarif dan keadaan pasaran, dan tarkih baharu akan diumumkan kemudian.



Tidaklah diketahui sama ada tarif tersebut akan memberi kesan pada harga asal Nintendo Switch 2 ataupun tidak, pada ketika ini. Tetapi jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, harga Switch 2 jauh lebih mahal berbanding Switch yang dilancar pada harga USD299 (~RM1,335) dan Switch OLED yang berharga USD350 (~RM1,562).

Spesifikasi Nintendo Switch 2

Seperti yang didedahkan pada teaser sebelum ini, Nintendo Switch 2 dilengkapi dengan paparan lebih besar. Ia adalah paparan 7.9″ beresolusi 1080p dengan kadar penyegaran 120Hz jenis LCD, bukannya panel OLED. Ini bermakna Nintendo masih mengenakan paparan LCD untuk model Switch biasa, tetapi tidak mustahil untuk Nintendo memperkenalkan model Switch 2 OLED pada masa akan datang.

Nintendo Switch 2 juga mampu untuk mengeluarkan output visual ke televisyen dengan resolusi sehingga 4K dan kadar bingkai sehingga 120fps. Dari segi kawalan, konsol ini mnenggunakan alat kawalan baru yang lebih besar, dipanggil sebagai Joy-Con 2. Alat kawalan ini juga boleh disambung secara magnetik dan boleh berfungsi sebagai tetikus.

Maklumat berkenaan cip yang digunakan tidak pula didedahkan oleh Nintendo. Namun, apa yang diketahui adalah ia menggunakan cip pemproses dengan GPU tersuai daripada NVIDIA. Ia dipadankan dengan storan dalaman 256GB dan jika perlu, storan ini boleh diperluaskan menggunakan kad mikroSD Express. Perlu dinyatakan yang kad ini adalah berbeza dengan kad mikroSD biasa pada Switch sebelum ini.

Menurut NVIDIA, cip baru pada Switch 2 mampu memberikan prestasi grafik sehingga 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding konsol generasi pertama. Bukan itu sahaja, GPU-nya juga menyokong peningkatan resolusi menggunakan Nvidia’s Deep Learning Super Sampling (DLSS) dan ray tracing.

Selain itu, Nintendo Switch 2 juga tampil dengan butang “C” baru yang akan mengaktifkan GameChat apabila ditekan. GameChat adalah ciri yang membolehkan pengguna untuk berborak dengan sehingga 12 rakan, menggunakan mikrofon dan kamera terbina pada Switch 2 sewaktu gaming.

Lagi perkara baru yang diumumkan adalah GameShare, iaitu ciri yang membolehkan pengguna untuk berkongsi game dengan sehingga tiga peranti Switch 2 lain, tanpa game tersebut perlu ada pada tiga peranti lain. Ini bermaksud pengguna tidak lagi perlu berkongsi alat kawalan Joy-Con dengan rakan apabila bermain game bersama.

Nintendo Switch 2 turut dilengkapi port USB-C kedua untuk mengecas atau sambungkannya pada aksesori kamera baru, serta memiliki pendiri terbina di belakang. Bercakap mengenai aksesori lagi, Switch 2 turut boleh digunakan dengan alat kawalan Switch 2 Pro yang turut lengkap dengan butang “C”, serta butang “GL” dan “GR” baru yang boleh diubah suai fungsinya di belakang.

Hayat bateri Switch 2 adalah lebih kurang sama seperti Switch terdahulu, menawarkan masa penggunaan sehingga 6-10 jam dalam satu isian penuh. Antara permainan yang ekslusif tersedia pada Switch 2 termasuk Kart World, Donkey Kong Bananza, The Legend of Zelda, and Metroid Prime 4: Beyond – Nintendo Switch 2 Edition.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nintendo Switch 2.

Tags: nintendonintendo switchNintendo Switch 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nintendo Switch 2: Skrin LCD 120Hz lebih besar & GPU 10x lebih berkuasa, akan tiba ke Malaysia

Nintendo Switch 2: Skrin LCD 120Hz lebih besar & GPU 10x lebih berkuasa, akan tiba ke Malaysia

7 April 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER