• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift 16 AI dan Swift Lite 14 diumumkan di Malaysia, harga bermula RM3,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:37 pm
  • 09/04/2025
  • Komen
Acer Swift 16 AI dan Swift Lite 14 diumumkan di Malaysia, harga bermula RM3,799
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua ahli baru dalam barisan laptop Swift, iaitu Swift 16 AI dan Swift Lite 14. Sebagai sebahagian daripada siri Swift, kedua-dua laptop ini hadir dengan rekaan nipis dan ringan, serta dilengkapi dengan ciri AI dan dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra.

Swift 16 AI secara asasnya adalah model lebih besar kepada Swift 14 AI yang diperkenalkan pada Oktober tahun lepas.



Harga dan ketersediaan Swift 16 AI, Swift Lite 14 di Malaysia

Acer Swift 16 AI tersedia didapatkan oleh pengguna di Malaysia sekarang untuk satu-satunya varian dengan harga RM5,699. Manakala, Acer Swift Lite 14 pula akan sampai kepada pengguna sedikit lewat, pada pertengahan April 2025 pada harga RM3,799 untuk model Core Ultra 5 dan RM4,399 untuk model Core Ultra 7.

Bagi meraikan pelancarannya, Acer juga menawarkan promosi pembelian awal untuk kedua-dua laptop yang baru dilancarkan. Mereka yang membeli Swift 16 AI sebelum 23 April akan menerima percuma SanDisk DualDrive bernilai RM199, manakala mereka yang membeli Swift Lite 14 sebelum 30 April akan menerima tetikus Acer Wireless Bubble bernilai RM79 secara percuma.



Lebih menarik, terdapat juga kempen yang Acer sedang jalankan, di mana pelanggan yang membeli produk Acer tertentu layak untuk menebus kredit Touch ‘n eWallet bernilai sehingga RM150. Selain itu, pembeli Swift 16 AI dan Swift Lite 14 layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go bernilai RM100 dan RM80.

Anda boleh dapatkan Acer Siwft 16 AI dan Swift Lite 14 melalui stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee, serta pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Acer Swift 16 AI

Kita mulakan dengan Swift 16 AI. Macam namanya, ia adalah sebuah laptop bersaiz 16″ dengan rekaan nipis yang diperbuat daripada aluminium dengan berat hanya 1.5kg. Ia dilengkapi dengan panel paparan OLED beresolusi WQXGA+ (2880 x 1800) yang peka sentuhan dan sokong kadar penyegaran 120Hz.

Atas papan utama, laptop ini dikuasakan cip Intel Core Ultra 256V (Siri 2) yang digabungkan bersama RAM LPDDR5X 32GB dan storan PCIe SSD seluas 1TB. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sebesar 69Whr, dan Acer mengatakan laptop mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 20 jam lamanya.

Selain itu, beberapa fungsi AI juga hadir pada Swift 16 AI ini dan ini termasuk Acer PurifiedVoice untuk bantu pengguna menyingkirkan bunyi hingar di latar, serta Acer PurifiedView yang membolehkan pengguna untuk mengakburkan latar belakang ketika persidangan video, melalui kamera webcam 1440p yang dimilikinya.

Terdapat juga Acer Sensing 2.0 yang mempertingkatkan tahap keselamatan dengan mengunci laptop secara automatik apabila pengguna tiada di depan laptop, serta Multi Screen Assistance yang boleh mengesan pergerakan kepala pengguna dan menggerakkan kursor automatik mengikut pandangan anda.

Sambungan fizikal yang boleh anda temukan pada laptop seperti dua USB-C, satu Thunderbolt 4, satu USB-A, satu HDMI dan jek audio. Swift 16 AI turut menyokong WiFi 7 dan memiliki dua speaker dengan sokongan DTS X: Ultra Audio.

Spesifikasi Acer Swift Lite 14

Acer Swift Lite 14 pula adalah model yang lebih mampu milik, dengan rekaan lebih kompak dan ringan, hanya bawah 1Kg. Laptop ini didatangkan dengan paparan IPS LCD berukuran 14″ resolusi WUXGA (1920 x 1200), sokong kadar penyegaran 60Hz, serta engsel yang boleh dibaringkan rata 180 darjah.

Daripada segi cip, Swift 14 Lite ditawarkan dalam dua pilihan cip pemproses, sama ada Intel Core Ultra 7 atau Core Ultra 5. Dilengkapi dengan bateri 65Whr, Acer mendakwa hayat bateri laptop boleh mencecah sehingga 10 jam. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri AI termasuk Acer User Sensing.

Berkenaan sambungan, laptop ini menyokong WiFi 6, serta tampil dengan pilihan port seperti dua USB-C, satu HDMI 1.4, satu USB-A dan jek audio. Pengguna boleh dapatkan Swift Lite 14 dalam dua pilihan warna, iaitu perak dan merah jambu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer swift 16 AI dan Swift Lite 14.

Tags: AcerAcer Malaysiaacer swiftAcer swift Lite 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Acer Swift 16 AI dan Swift Lite 14 diumumkan di Malaysia, harga bermula RM3,799

Acer Swift 16 AI dan Swift Lite 14 diumumkan di Malaysia, harga bermula RM3,799

9 April 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER