• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor MagicBook X14 dilancar di Malaysia dengan Intel Core i5 dan SSD 512GB, harga RM2,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:44 pm
  • 10/04/2025
  • Komen
Honor MagicBook X14 dilancar di Malaysia dengan Intel Core i5 dan SSD 512GB, harga RM2,499
Share on FacebookShare on Twitter

Selain tablet Pad V9 dan Pad X9a LTE, Honor dalam majlis yang sama turut memperkenalkan laptop MagicBook x14 terbaru untuk tahun 2025.

Harga dan ketersediaan MagicBook X14 di Malaysia

MagicBook X14 tersedia didapatkan orang ramai bermula 11 April 2025 pada harga RM2,499. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM508, iaitu langganan Microsoft 365 Personal dan beg galas Honor.



Anda boleh dapatkan MagicBok X14 terbaru ini di stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi MagicBook X14

MagicBook X14 adalah laptop bersaiz 14-inci dengan rekaan nipis dan ringan, berukuran 19.5mm dan berat 1.43kg. Binaannya juga dikatakan sangat tahan lasak, telah diuji dan melepasi lebih daripada 30 piawaian industri. Di hadapan, ia dilengkapi skrin IPS LCD yang memiliki resolusi FHD (1920 x 1200) dengan kadar penyegaran 60Hz dan kecerahan puncak 300 nits.



Berkenaan cip, laptop ini tersedia dengan pilihan cip pemproses sehingga Intel Core i5-13420H generasi ke-13, dengan GPU Intel UHD Graphics. Ia dipadankan RAM LPDDR4x 8GB dan storan SSD 512GB. Pengguna juga boleh bertukar antara mod prestasi tinggi yang menggunakan kuasa 40W, atau mod pintar yang menggunakan kuasa 35W untuk lebih jimat tenaga dengan menekan butan Fn+P.

Untuk tenaga, bateri berkapasiti 42Wh dimuatkan pada laptop dan dikatakan mampu menawarkan masa main balik video 1080p sehingga 8.5 jam, dan boleh dicas dengan kuasa 65W. Pilihan port yang boleh anda temukan pada laptop termasuk satu USB-C, satu USB-A 3.2 Gen 2, satu USB-A Gen 1, satu HDMI dan jek audi 3.5mm.

Selain itu, laptop ini juga menyokong NFC, Bluetooth 5.1 dan WiFi 5, serta dilengkapi dengan dua speaker, dua mikrofon dan kamera webcam HD 720P. Ia tersedia dalam satu warna iaitu kelabu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk MagicBook X14.

Tags: honorHonor MagicBookHonor MagicBook X14Honor MagicBook X14 2025
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor MagicBook X14 dilancar di Malaysia dengan Intel Core i5 dan SSD 512GB, harga RM2,499

Honor MagicBook X14 dilancar di Malaysia dengan Intel Core i5 dan SSD 512GB, harga RM2,499

10 April 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN