• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find X8 Ultra: Telefon berkuasa Snapdragon 8 Elite dengan sistem penta-kamera Hasselblad

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:06 pm
  • 11/04/2025
  • Komen
Oppo Find X8 Ultra: Telefon berkuasa Snapdragon 8 Elite dengan sistem penta-kamera Hasselblad
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah mengumumkan peranti flagship terbaru dalam barisan Find X8, iaitu Find X8 Ultra di China. Ia adalah model paling premium dalam siri Find X8 dan merupakan pengganti kepada Find X7 Ultra yang diperkenalkan pada 2023. Oppo juga menggelarkannya sebagai telefon kamera muktamad baharu, menampilkan lima kamera belakang dengan salah satunya menggunakan sensor Sony bersaiz 1-inci.

Selain itu, Oppo Find X8 Ultra turut membawakan beberapa peningkatan lain berbanding Find X8 dan Find X8 Pro. Ini termasuk skrin yang lebih besar dengan resolusi lebih tinggi, kapasiti bateri lebih besar dan sokongan pengecasan jauh lagi pantas. Malah, model Ultra ini juga didatangkan dengan rekaan lebih nipis dan dilengkapi butang baharu.



Sistem penta-kamera belakang ditala Hasselblad

Kita mulakan dengan perkara utama yang diketengahkan pada Find X8 Ultra, iaitu kamera. Macam yang dinyatakan tadi, Find X8 Ultra dilengkapi dengan tetapan lima kamera belakang yang dibangunkan hasil kerjasama Oppo bersama Hasselblad. Ia terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 yang menggunakan sensor 1-inci Sony LYT 900 dengan OIS dan kamera ultralebar 50MP.

Seterusnya, telefon ini turut dilengkapi dua kamera telefoto periskop, sama seperti Find X8 Pro. Kamera pertama ialah kamera telefoto periskop 50MP f/2.1 dengan OIS yang menyokong zum optikal 3x, menggunakan sensor Sony LYT-700 bersaiz 1/1.56-inci. Oppo juga mengatakan kamera ini menampilkan lensa “Super Blue Glass” yang dikatakan dapat mengurangkan silau dan ghosting dengan berkesan.



Selain itu, dengan penggunaan lensa terapung, kamera telefoto periskop 3x ini juga turut berfungsi sebagai kamera telemakro, menyokong tangkapan dengan jarak fokus hanya 10cm. Kamera telefoto periskop kedua pula menggunakan lensa 50MP f/3.1 dengan OIS dan berkemampuan zum optikal 6x, memanfaatkan sensor Sony LYT-600 bersaiz 1/1.95 inci.

Akhir sekali adalah kamera ‘True Chroma’ yang berfungsi untuk meningkatkan ketepatan warna pada imej, serta Oppo turut melengkapkan sistem pengimejannya dengan HyperTone Image Engine generasi seterusnya, berikan imej yang jelas walaupun dalam situasi dengan penchayaan mencabar. Untuk selfie, terdapat kamera 32MP yang ditempatkan di atas skrin.

Diperkasa Snapdragon 8 Elite, skrin AMOLED 6.82″

Atas papan utama, Oppo Find X8 Ultra ini dikuasakan cip terhebat Qualcomm pada masa kini, iaitu Snapdragon 8 Elite, berbeza dengan Find X8 dan Find X8 Pro yang menggunakan MediaTek Dimensity 9400. Di China, model Ultra ini dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB.

Bercakap pasal skrin, telefon ini dimuatkan dengan skrin LTPO AMOLED 6.82″ beresolusi QHD (3168×1440) dengan kadar penyegaran 120Hz. Daripada segi rekaan, Find X8 Ultra tampil dengan sisi rata dan badan senipis 8,78mm yang didakwa Oppo adalah ternipis dalam kelasnya. Ia juga memiliki butang ‘Quick’ untuk kawalan kamera dan butang ‘Shortcut’ baru yang boleh disesuaikan.

Membekalkan tenaga pada Find X8 Ultra adalah bateri berkapasiti 6,100mAh yang menyokong pengecasan 100W melalui USB-C dan wayarles 50W. Telefon ini juga menyokong pengecasan wayarles terbalik pada kuasa 10W. Untuk perlindunga, Find X8 Ultra juga diiktiraf untuk ada tahap kalis air dan debu IP68/IP69.

Harga dan ketersediaan Oppo Find X8 Ultra

Oppo Find X8 Ultra akan tersedia di pasaran China pada 16 April 2025. Ia ditawarkan dalam beberapa varian pada harga seperti berikut:

  • Find X8 Ultra (RAM 12GB + 256GB) – CNY6,499 (~RM3,930)
  • Find X8 Ultra (RAM 16GB + 512GB) – CNY6,999 (~RM4,243)
  • Find X8 Ultra (RAM 12GB + 1TB) – CNY7,499 (~RM4,547)

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada maklumat tentang ketersediaannya di pasaran luar dan juga Malaysia. Untuk maklumat anda, model Find X7 Ultra hanya tersedia di pasaran China.

Tags: Find X8 Ultraoppooppo find x8Oppo Find X8 UltraOPPO MalaysiaSiri Oppo Find X8
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find X8 Ultra: Telefon berkuasa Snapdragon 8 Elite dengan sistem penta-kamera Hasselblad

Oppo Find X8 Ultra: Telefon berkuasa Snapdragon 8 Elite dengan sistem penta-kamera Hasselblad

11 April 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER