• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Tab S10 FE & FE+ akan tiba di Malaysia bulan Mei, ini cara dapatkan diskaun RM200

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:09 pm
  • 14/04/2025
  • Komen
Samsung Galaxy Tab S10 FE & FE+ akan tiba di Malaysia bulan Mei, ini cara dapatkan diskaun RM200
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia nampaknya akan membawa masuk dua tablet terbaru mereka, iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini kerana, Samsung Malaysia telah mula menguar-uarkan promosi bauca Reservation+ untuk dua tablet terbaru mereka, dengan menyediakan diskaun RM200 ke atas harga asal.

Galaxy Tab S10 FE dan S10 FE+ adalah tablet kelas pertengahan terbaru Samsung, yang juga pengganti kepada siri Galaxy Tab S9 FE yang dilancarkan sekitar Oktober tahun 2023.



Diskaun RM200 untuk Galaxy Tab S10 FE dan FE+

Menjelang ketibaannya ke pasaran Malaysia, Samsung Malaysia kini menawarkan promosi baucar Samsung Reservation+. Baucar ini boleh dibeli pada harga RM20 dan mereka yang membeli baucar akan terima diskaun RM200 untuk pembelian Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ melalui stor online Samsung Malaysia.

Sekiranya anda berminat, baucar Reservation+ ini tersedia didapatkan dari 11 April hingga 7 Mei 2025, dan boleh ditebus pengguna di antara 8 Mei hingga 15 Jun 2025. Maka, ini mungkin membawa maksud bahawa siri Galaxy Tab S10 FE ini akan dijual secara rasmi di Malaysia selepas 8 Mei 2025.



Bagaimanapun, maklumat harga dan tempahan awal untuk Galaxy Tab S10 FE dan FE+ setakat ini masih belum diumumkan Samsung pada ketika ini. Untuk perbandingan, Galaxy Tab S9 FE dilancarkan pada harga seperti berikut:

Samsung Galaxy Tab S9 FE

  • Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi 128GB – RM2,099
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi 256GB – RM2,399
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G 128GB – RM2,699
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G 256GB – RM2,999

Samsung Galaxy Tab S9 FE+

  • Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi 128GB – RM2,799
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi 256GB – RM3,099
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE+ 5G 128GB – RM3,399
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE+ 5G 256GB – RM3,699

Spesifikasi Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+

Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ secara asasnya adalah tablet yang sama, dengan perbezaan terletak pada saiz dan bateri. Galaxy Tab S10 FE memiliki paparan berukuran 10.9″, manakala Tab S10 FE+ dilengkapi dengan paparan lebih besar berukuran 13.1″. Berbanding AMOLED, kedua-dua tablet menggunakan panel paparan LCD dengan kadar penyegaran 90Hz.

Daripada segi rekaan, kedua-dua badan tablet berukuran hanya 6.0mm, dengan model Tab S10 FE WiFi memiliki berat dari 479g, manakala model FE+ WiFi pula berat dari 664g. Siri Tab S10 FE ini turut didatangkan dengan sistem dua speaker dan diiktiraf kalis air dan debu IP68, sama seperti generasi sebelumnya.

Atas papan utama, kedua-dua Galaxy Tab S10 FE dan FE+ dikuasakan cip yang sama iaitu Exynos 1580. Ia adalah cip yang sama digunapakai di Galaxy A56. Tablet didatakgn dengan pilihan RAM 8GB dan storan 18GB atau RAM 12GB dan storan 256GB. Terdapat juga slot kad mikroSD yang membenarkan storan diperluas lagi sehingga 2TB.

Unit kamera yang terdapat pada kedua-dua tablet adalah sama, iaitu kamera belakang 13MP dan kamera 12MP. Sebagai perbandingan, Tab S9 FE sebelum ini menggunakan kamera belakang 8MP, manakala Tab S9 FE+ dilengkapi kamera utama yang sama dan tambahan kamera ultralebar 8MP. Tab S10 FE datang dengan bateri 8,000mAh, manakala Tab S10+ ada bateri lebih besar 10,090mAh. Kedua-dua tablet menyokong pengecasan 45W USB-C.

Selain itu, tablet ini juga akan menjalankan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak, dan menyokong pelbagai ciri AI termasuk Circle to Search, Samsung Notes with Solve Math, Object Eraser dan Best Face. Tablet juga menyokong penggunaan pen stailus S Pen, yang disertakan dalam kotak. Tetapi, versi S Pen kali ini tidak menyokong Bluetooth Low Energy (BLE).

Tags: samsungSamsung galaxy tab s10Samsung Galaxy Tab S10 FESamsung Galaxy Tab S10 FE+samsung malaysiatablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy Tab S10 FE & FE+ akan tiba di Malaysia bulan Mei, ini cara dapatkan diskaun RM200

Samsung Galaxy Tab S10 FE & FE+ akan tiba di Malaysia bulan Mei, ini cara dapatkan diskaun RM200

14 April 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER